"Polis terima 131 laporan tahan dua anggota sindiket bisnes forex"
Polis berjaya menumpaskan sindiket skim pelaburan forex selepas menahan dua lelaki dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Bukit Ceylon di Kuala Lumpur. Ahad lalu.
Dalam serbuan jam 1.15 pagi itu, polis menahan seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai dalang utama sindiket penipuan itu dan seorang lagi lelaki berusia 34 tahun di tempat letak kendaraan di sebuah pusat membeli-belah di Lingkaran Syed Putra Kuala Lumpur.
Timbalan Pengarah Siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Wira Hamza Taib berkata, serbuan itu dilakukan susulan polis menerima laporan daripada wanita warga China berusia 27 tahun.
“Sejak Januari hingga November tahun ini, sebanyak 131 laporan polis membabitkan kerugian RM32.2 juta berkaitan penipuan itu dilaporkan.
“Sehubungan itu, JSJK Kontinjen Selangor bersama Bahagian Risikan Operasi JSJK Bukit Aman menjalan kan siasatan dan risikan terhadap sindiket yang terbabit dalam penipuan " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, semalam.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan, polis merampas wang tunai RM2.7 juta, dua kereta Toyota Vellfire dan Honda CRV, teleton bimbit, pasport, kad pengenalan palsu serta beberapa dokumen.
Menurutnya, sedikit itu bertindak memperdayakan mangsa dengan menawarkan keuntungan lumayan dan kemewahan hasil daripada perniagaan dan pelaburan forex.
Katanya, sindiket itu juga dikesan sering bertukar nama syarikat dan menggunakan ldentiti yang tidak wujud seperti pasport dan kad pengenalan palsu dalam menjalankan aktiviti bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
”Sindiket penipuan yang membabitkan warga tempatan dan asing ini sentiasa mentari jalan untuk menjerat mangsanya.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber : Harian Metro (02 Disember 2015)
Tulisan : Ayusliza Azizan
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen
0 comments:
Post a Comment