Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 22 Oktober 2015



Emas diniagakan hampir di paras terendah dalam seminggu semalam, disebabkan pengukuhan dolar AS dan ketidaktentuan berhubung bila Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah bank.

Emas semerta kukuh pada AS$1,166.10 satu auns pada 0345 GMT.

Ia jatuh kepada AS$1,163.50 pada Rabu, paras terendah sejak 13 Oktober, sebelum naik sedikit untuk ditutup 0.8 peratus lebih rendah. Jongkong emas, aset yang tidak tertakluk kepada kadar faedah, dipengaruhi ketidaktentuan berhubung bila kadar faedah akan dinaikkan oleh Rizab Persekutuan, susut kira-kira 1.5 peratus tahun ini.

“Andaian kami kekal bagi kenaikan kadar faedah sebenar dan harga emas yang lebih rendah, sungguhpun ada risiko kelemahan harga emas akan berterusan sekiranya Rizab Persekutuan mengejutkan kita dan kekal pada Disember,” kata Goldman Sachs dalam satu nota.

Pakar ekonominya 60 peratus yakin kenaikan akan berlaku pada Disember. Goldman mengekalkan unjurannya, menjangka harga emas pada AS$1,100 dalam tiga bulan, AS$1,050 dalam enam bulan dan AS$1,000 dalam 12 bulan.

Peniaga memantau data AS lain bagi mendapat petunjuk berhubung kekukuhan ekonomi dan bagaimana ia akan memberikan kesan kepada dasar monetari Rizab Persekutuan.

Tumpuan juga kepada pasaran mata wang berikutan dolar dan euro menunggu hasil mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB).

ECB berkemungkinan tidak mengambil dasar baharu kerana menunggu petunjuk baharu berhubung tinjauan inflasi d kawasan euro.

Dolar kukuh, mengekalkan kenaikan daripada sesi sebelumnya berikutan pelabur mahu mendapatkan keselamatan terhadap mata wang pasaran membangun dan unit berkaitan komoditi susulan kejatuhan pasaran saham China.

Dolar yang lebih kukuh menjadikan emas dalam denominasi dolar lebih mahal bagi mereka yang memegangnya dalam mata wang asing.

Carta kelihatannya tidak baik bagi emas.

Jongkong emas, buat seketika, melepas purata pergerakan 200 hari sekitar AS$1,175 satu auns pada Rabu bagi enam hari berturut-turut, sebelum jatuh lebih AS$10 ke paras terendah sesi.

“Ia gagal kekal di atas paras rintangan jangka panjang menghakis sentimen dan meningkatkan tekanan jualan,” kata peniaga.

Emas jatuh kepada AS$1,155, berikutan ia melepasi sokongan AS$1,168, kata penganalisis teknikal Reuters, Wang Tao.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment