Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 Oktober 2015



Emas meningkat lebih tinggi daripada paras terendah dalam lebih seminggu semalam disebabkan dolar menyerahkan kembali sebahagian keuntungan semalaman, tetapi logam itu bersedia untuk meraih keuntungan mingguan kali kedua berturut-turut berikutan jangkaan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Spot emas meningkat 0.6 peratus kepada AS$1,173.16 seauns pada 0702 GMT. Ia jatuh serendah AS$1,162.50 pada sesi sebelumnya, paras terendah sejak 13 Oktober.

Untuk minggu ini, logam itu turun 0.3 peratus, selepas mencatatkan keuntungan mingguan dua kali berturut-turut.

Niaga hadapan emas AS susut kira-kira satu peratus untuk minggu, kerugian terbesar dalam enam minggu. Dolar meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh hampir sebulan pada Khamis berbanding sekumpulan mata wang utama, tetapi menurun 0.1 peratus semalam.

Bagaimanpun, data perumahan dan pasaran buruh AS yang meyakinkan serta pasaran ekuiti lebih kukuh, menyekat keuntungan emas.

“Jangkaan umum adalah Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah tahun depan, tetapi pada hari-hari kebelakangan ini kita telah melihat beberapa data yang mantap dari AS dan tidak boleh sama sekali menolak kenaikan kadar faedah akan berlaku pada Disember,” kata seorang peniaga di Hong Kong. 

Sebahagian pegangan logam itu sudah dijual sejak ia gagal untuk bertahan di atas paras AS$1190 seaun, katanya.

Logam berharga itu telah terjejas disebabkan ketidaktentuan masa kenaikan kadar faedah AS pertama dalam tempoh hampir sedekad.

Pelabur percaya kadar yang lebih tinggi boleh menjejaskan permintaan untuk emas. Jangkaan kenaikan kadar faedah AS sebahagian besarnya dijangkakan ditangguh ke tahun depan berikutan kebimbangan mengenai keadaan ekonomi global, tetapi data AS baru-baru adalah lebih kukuh.

Jualan rumah di AS meningkat semula dengan kukuh pada bulan September dan permohonan baharu faedah pengangguran berlegar sekitar paras terendah 42 tahun minggu lalu, data dikeluarkan kelmarin.

Logam berharga itu tidak menyaksikan banyak sokongan daripada pasaran ñzikal.

Permintaan perayaan untuk emas di India, pengguna kedua terbesar, menyaksikan permulaan yang kurang memberangsangkan, dengan harga tempatan menyaksikan banyak diskaun daripada penanda aras global. 

Permintaan di negara pengguna utama China juga kurang memberangsangkan, kata penjaga, manakala premium di Hong Kong menurun.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment