Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN EMAS : Emas 'Melekat' Sindiket Afrika



"Kumpulan giat tipu peniaga barang kemas"

Kuala Lumpur -  Peniaga emas sekitar ibu kota kini lebih berwaspada susulan kemunculan sindiket emas Afrika dikenali 'Geng Galamsey' yang dikesan cuba menjual emas tiruan disalut bahan kimia khas.

Sindiket itu mendakwa emas berkenaan diperoleh pelombong haram di Ghana, Afrika, sebelum diseludup masuk ke negara ini.

Peniaga emas, Mohd Hairi Zahar, 32, berkata, dia sebelum ini didatangi lelaki Afrika yang menawarkan barang kemas untuk dijual pada harga lebih rendah berbanding pasaran Ogos lalu.

Menurutnya, dia mulanya teruja apabila memegang emas berkenaan, namun mula mengesyaki ia palsu berdasarkan pengalamannya.

"Berat, bentuk dan warna emas ditawarkan itu memang sama dengan emas tulen. Memang sukar untuk membezakannya.

"Jika diamati, emas tulen dan emas palsu dijual sindiket itu tidak dapat dibezakan kerana ia tidak mempunyai cacat cela mahupun perbezaan ketara dari segi berat bentuk dan warna," katanya.

Penipuan itu terbongkar apabila emas palsu itu didapati melekat pada magnet sedangkan emas tulen tidak akan memberi tindak balas magnetik.

"Lelaki itu yang menyedari helahnya terbongkar bergegas melarikan diri. Saya yakin emas palsu itu disaluti sejenis bahan kimia yang mampu menghasilkan warna menyamai emas tulen.

"Sindiket itu juga diyakini menggunakan dua peratus emas asli dicampur dengan bahan lain," katanya yang berpengalaman hampir 10 tahun dalam jual beli dan mencelup emas.

Menurutnya, setiap tukang celup emas mempunyai kelebihan tersendiri dalam menilai ketulenan emas.

"Terdapat beberapa kaedah lain boleh digunakan untuk menguji ketulenan emas termasuk menggoreskan pada logam lain. Jika terdapat bau besi atau logam lain maka emas itu palsu.

"Ini kerana emas tulen bersifat lembut dan tidak mempunyai bau," katanya yang beberapa kali didatangi lelaki Afrika yang mahu menjual emas palsu.

Sementara itu, penjual dan pencuci emas, Dewi Mas Kassim, 42, berkata dia terperdaya dan membeli emas tiruan dijual sindiket itu di kedainya di Chow Kit, di sini.

"Saya diperdaya lelaki Afrikayang datang secara berkumpulan. Akibatnya saya kerugian RM10,000 selepas ditipu dengan mudah.

"Suspek mulanya bertanyakan nilai harga emas pasaran semasa sebelum menunjukkan emas yang mahu dijual," katanya.

Menurutnya, dia seolah-olah dipukau apabila bersetuju membeli emas palsu itu tanpa banyak soal.

"Saya menyerahkan wang kepada suspek sebelum diberikan emas berkenaan. Saya seolah-olah tersedar apabila mendapati emas itu palsu sejam kemudian," katanya.

Seorang lagi mangsa, Hamimah Harun, 42, berkata, dia turut diperdaya wanita warga Afrika yang berpura-pura mahu mencuci emas miliknya.

Menurutnya, wanita warga Afrika berusia 30-an itu muncul di kediamannya di Sentul, di sini dan menawarkan khidmatan mencuci barang kemas.

"Saya langsung tidak mengesyaki apa-apa sebaik rantai tangan, empat cincin dan tiga rantai leher miliknya dicelup ke dalam kimia khas dibawa suspek.

"Bagaimanapun, saya menyedari ditipu apabila barang kemas milik saya bernilai RM20,000 itu menjadi ringan selepas dicelup lebih 10 minit," katanya.

Dia yang menghantar barang kemasnya untuk ditimbang semula di kedai mendapati berat barang kemasnya menyusut 30 gram.

"Saya mengesyaki diperdaya wanita itu yang mengikis emas saya menggunakan kimia tertentu," katanya.

Dia membuat laporan polis kerana tidak mahu ada lagi peniaga emas malah orang ramai yang terpedaya dengan taktik geng ini.

Tulisan : Mohd Azim Fitri Abd Aziz & Nadzreen Shah Mat Salim


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment