Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PENIPUAN : Air Liur RM2.5 Juta



"Dua beradik rugi besar diperdaya wanita tawar perniagaan kad prabayar"

Kuala Lumpur - Awas dengan kehadiran seorang wanita yang menawarkan peluang perniagaan kad prabayar pelbagai jenis rangkaian beserta telefon bimbit berjenama sambil menjanjikan keuntungan lumayan.

Mendakwa ingin berkongsi kemewahan bersama usahawan lain, dia yang berusia lewat 30-an itu bukan saja menggunakan kecantikannya, malah menabur janji manis sehingga menjerat dua beradik yang kerugian keseluruhan berjumlah RM2.5 juta.

Semuanya gara-gara termakan dengan tawaran menarik untuk mendapatkan keuntungan mudah dengan hanya perlu menjadi pembiaya kepada belian kad prabayar secara pukal sebelum dijual di pasaran pada harga lebih tinggi.

Dalam kes terbaru, mangsa yang mahu kenali sebagai Khairul berkata, dia mengenali wanita berkenaan menerusi Facebook selepas melihat iklan mengenai peluang untuk menambah pendapatan dengan menjual kad prabayar, Ogos tahun lalu.

"Saya kemudian menghubungi wanita itu yang menerangkan kepada saya bagaimana keuntungan perniagaan itu diperoleh. Saya ditawarkan komisen 50 sen bagi setiap satu kad permulaan dan saya bersetuju untuk melaburkan sebanyak RM3,000 pada peringkat awal.

"Berselang dua minggu, saya menerima imbuhan yang dijanjikan menyebabkan saya menambah lagi pembelian dan turut mengajak abang saya untuk menyertai perniagaan ini," katanya ketika membuat aduan kepada aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Mohd Mustaffa Hamzah.

Khairul berkata, ketika bertemu wanita itu, mereka turut ditunjukkan ratusan kad simbeserta puluhan telefon bimbit yang disimpan di dalam kereta wanita itu dan bagi memastikan tidak ditipu, dia serta abangnya membeli sebanyak dua unit.

"Kami beli lebih murah daripada harga pasaran dan setakat ini, memang telefon bimbit itu tulen. Ia menyebabkan kami rasa langkah kami untuk bekerjasama dengan wanita itu satu keputusan tepat," katanya.

Menurutnya, abangnya yang menyertai perniagaan itu sempat menerima komisen dua kali menyebabkannya yakin ia perniagaan sebenar dan menyerahkan wang kepada wanita berkenaan menerusi enam kali transaksi berjumlah lebih RM2.5 juta.

"Selepas semua wang itu diserahkan menerusi cek, wanita berkenaan mula memberikan pelbagai alasan ketika ditanya mengenai keuntungan yang dijanjikan. Dia mendakwa sakit, anaknya sakit dan bermacam-macam lagi.

"Selama hampir setahun kami cuba untuk mendapatkan bayaran balik, namun gagal. Dia tidak menjawab sebarang panggilan, malah saya juga dikeluarkan daripada senarai kenalan di laman Facebook," katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Pantai.

Tulisan : Yusmizal Dolah Aling & Muhammad Saufi Hassan

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment