Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 15 Oktober 2015



Harga emas kukuh pada Khamis selepas pemulihan dolar yang menarik logam daripada 3-1/2 bulan tinggi pada sesi sebelumya, namun kekal disokong oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan berkira-kira untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.

Dolar meningkat 0.3 peratus berbanding euro selepas mencatat kerugian besar pada sesi sebelum ini dengan unit tunggal itu jatuh selepas penggubal dasar Bank Pusat Eropah Ewald Nowotny berkata kini secara jelas bank perlu melaksanakan lebih usaha untuk merangsang ekonomi zon euro.

Spot emas susut jatuh 0.1 peratus kepada AS $1,183.36 seauns pada 0930 GMT, sementara niaga hadapan emas untuk penghantaran Disember naik AS$3.60 seauns kepada AS$1,183.40.

Logam itu meningkat 1.4 peratus pada Rabu untuk hari keempat selepas data ekonomi kurang memberangsangkan daripada Amerika Syarikat dan China yang meningkatkan jangkaan bahawa bank pusat AS akan menangguhkan kenaikan kadar faedah dalam tempoh hampir sedekad.

Emas yang mendapat manfaat daripada kadar faedah rendah mengurangkan peluang untuk pegangan aset bukan hasil, meningkat kepada paras tertinggi sejak akhir Jun kepada AS$1,190 seauns, momentum peningkatan yang memecah halangan kepada purata pergerakan 200- hari.

“Apabila emas melepasi AS$1,170 seauns dan purata pergerakan 200-hari, ia akan meletakkan satu radar kepada pelabur institusi," kata Ketua Pegawai Eksekutif Sharps Pixley, Ross Norman.

Dana tukaran disokong emas terbesar dunia, dana disenaraikan di New York, SPDR Gold Shares, berkata pegangannya meningkat 7.7 tan pada Rabu, peningkatan pertama sejak 1 Oktober dan terbesar sejak 2 Februari.

Pembelian emas tizikal bagaimanapun menyederhana ekoran kenaikan harga.

Premium di Bursa Emas Shanghai, yang menjadi petunjuk kepada permintaan di negara pengguna utama, China susut sekitar 50 sen seauns pada Khamis daripada AS$2-AS$3 pada sesi sebelumnya.

Perak susut 0.3 peratus kepada AS$16.11 seauns, selepas mencapai paras tertinggi sejak akhir Jun pada sesi sebelumnya kepada AS$16.18 seauns.

Platinum naik 0.2 peratus kepada AS$997.49 seauns dan palladium menokok 0.4 peratus kepada AS$700.72 seauns.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment