Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PECAH KEDAI EMAS : Terkejut Peti Besi Kosong



"Pencuri masuk ikut bumbung sapu barang kemas"

Kota Bharu - Seorang peniaga barang kemas di Jalan Tok Hakim di sini terkejut apabila satu daripada tiga peti besi menyimpan barang kemas jualannya kosong sebaik dia membuka pintu premis untuk memulakan operasi, pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 10 malam kelmarin hingga 6 pagi semalam, namun hanya disedari pemiliknya apabila mahu membuka kedai emas itu sekitar jam 10 pagi semalam.

Peniaga berkenaan, Mohd Zulkifli Mokhtar, 49, berkata, dia mengetahui kedai emasnya dirompak apabila dimaklumkan isteri berusia 30-an yang membuka pintu kedai bersama tiga pekerja mereka.

"Ketika itu saya meletakkan kenderaan dan isteri memanggil memberitahu kedai kami diceroboh.

"Apabila menghampiri mereka, saya terkejut mendapati lampu kedai menyala sedangkan sebelum menutup kedai pada 6 petang semalam (kelmarin), semua lampu sudah ditutup," katanya ketika ditemui, di tempat kejadian, di sini, semalam.

Sementara itu, pekerja kedai itu dikenali Yah, 40, berkata, dia dan isteri majikannya mula-mula membuka  pintu premis berkenaan terkejutapabila melihat lampu menyala sebelum mendapati kedai dalam keadaan berterabur.

Katanya, mereka kemudian memeriksa peti besi tempat barang barang kemas disimpan di dalam bilik dan mendapati satu sudah kosong, manakala satu lagi mempunyai kesan tebukan.

"Isteri majikan menangis, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim tidak menolak kemungkinan kegiatan dilakukan mereka yang profesional dan pernah melakukan perkara sama di Kuala Krai, dua tahun lalu.

Katanya, percaya lebih daripada seorang terbabit dalam kes samun itu apabila siasatan menemui empat topeng muka dan lapan pasang sarung tangan dipercayai digunakan suspek.

Malah, topeng muka berkenaan adalah yang sama dengan kes di Kuala Krai.

"Kita masih belum dapat menganggarkan jumlah kerugian namun daripada tiga peti besi berkenaan, satu mempunyai kesan tebukan dan satu lagi tidak diusik.

"Peti besi kedua yang mempunyai tebukan dipercayai tidak sempat untuk mengeluarkan 'isi' di dalamnya.

"Suspek dipercayai menceroboh dengan memanjat bumbung, sebelum memecah pintu di tingkat satu bangunan itu dan menyelinap ke kedai emas berkenaan.

"Mereka juga merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) dalam premis itu," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Tulisan : Rosliza Mohamed


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment