Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 Oktober 2015



Emas jatuh hampir satu peratus semalam, merosot daripada paras tertinggi tiga bulan berikutan pengambilan untung selepas rali dua hari yang dicetuskan oleh jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) tidak akan menaikkan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) tahun ini.

Spot emas jatuh 0.6 peratus kepada AS$1,156.30 satu aun menjelang 0643 GMT, selepas penurunan sebanyak 0.9 peratus pada awal sesi dagangan.

Logam berharga itu mencecah paras tertinggi tiga bulan pada AS$1,169 dalam sesi terdahulu.

Niaga hadapan emas AS jatuh satu peratus kepada AS$1,152.

"Ia rali memberangsangkan bagi logam berharga itu sejak data gaji 10 hari lalu, namun kelihatan momentumnya mula berkurangan.

"Kelemahan semalam dalam harga minyak mungkin juga mengalir kepada komoditi dan memberikan tekanan tambahan terhadap logam berharga serta bidaan ke atas dolar," kata peniaga logam MKS Group, James Gardiner.

Dolar yang lebih teguh akan menjadikan emas lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Emas menokok AS$50 satu aun atau hampir lima peratus sejak laporan gaji AS yang lemah luar jangkaan pada 2 Oktober lalu.

Data itu menyebabkan pasaran mmgalih jangkaan Fed akan menaikkan kadar faedahnya pada 2016 dan menjual dolar.

Emas, sebagai aset yang tidak menanggung faedah mendapat manfaat daripada kadar faedah yang rendah. 

Bagaimanapun, kenyataan daripada beberapa pegawai Fed yang memberi isyarat bahawa bank pusat AS itu tidak terdesak untuk menaikkan kadar faedah, tidak dapat mengimbangi kegiatan pengambilan untung yang berlaku semalam.

"Fed dijangka menunggu sebarang kenaikan faedah sehingga jelas bahawa kelembapan ekonomi global, masalah di China serta risiko antarabangsa lain tidak akan mmjejaskan laluan pemulihan AS," kata Gabenor Fed, Lael Brainard, lsnin lalu dalam satu isyarat mempertahankan pendekatan berhati-hati terhadap dasar kadar faedah.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment