Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 Oktober 2015



Harga emas menokok ke paras tertinggi tujuh minggu disebabkan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) akan menangguhkan kenaikan kadar faedah ke tahun depan yang menyebabkan kejatuhan dolar ke paras terendah tiga minggu berbanding mata wang utama dunia.

Indeks dolar jatuh 0.1 peratus, disebabkan ketidaktentuan berhubung kenaikan kadar faedah itu.

Emas semerta memecah paras tertinggi AS$1,166.60 satu aun dan naik 0.7 peratus pada AS$1,164.60 satu aun pada 0925 GMT, manakala dagangan hadapan Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Disember naik AS$8.70 satu aun kepada AS$1,164.60.

Jangkaan kadar faedah bank AS akan dinaikkan tahun ini, melonjakkan nilai dolar dan sebaliknya mengurangkan pegangan dalam emas, menolak turun harga ke paras terendah lima setengah tahun pada Julai.
Bagaimanapun, data ekonomi AS yang bercampur-campur dan kebimbangan kelembapan ekonomi global meluas memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi AS. 

Harga mencatat perubahan kecil setakat tahun ini, sungguhpun ia bertungkus lumus untuk naik secara ketara. 

"Dari aspek mata wang dan mengukuh kedudukan, harga emas mula mendapat sokongan. 

"Secara teknikal ia bertambah baik, yang dijangka mengundang bulis jangka pendek ke dalam pasaran. 

"Bagaimanapun, di sebalik kebisingan jangka pendek ini, kelihatannya tidak akan berlaku perubahan besar dalam emas. 

"Rizab Persekutuan lambat laun akan menaikkan kadar faedah juga akhirnya, kata penganalisis di Carsten Menke, Julius Baer. 

Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer, berkata tiada komitmen bagi pihak pembuat dasar Fed untuk menaikkan kadar faedah tahun ini dan ia akan berubah sekiranya ekonomi global tidak mengizinkan. 

Goldman Sachs dalam satu nota berkata, ia mengekalkan tinjauan bearis ke atas emas. 

Dana lindung nilai dan pengurus wang menambah pertaruhan bulis dalam dagangan emas dan perak COMEX ke paras tertinggi empat bulan terakhir 6 Oktober. 

Di Afrika Selatan, kesatuan pekerja mengundi untuk mengadakan mogok di Anglo Gold Ashanti, Harmony Gold dan Sibanye Gold. 

 Perak naik 1.1 peratus kepada AS$15.99 satu aun, manakala platinum menokok 1.1 peratus kepada AS$989.50 satu aun. Palladium naik 0.4 peratus kepada AS$710.60.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment