Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 Oktober 2015



Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mengukuh minggu ini di tengah tekanan oleh ketidaktentuan mengenai masa Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedahnya, kata peniaga.

“Kami menjangka harga hadapan emas untuk terus mengukuh berikutan minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS yang tidak memberi petunjuk jelas sama ada Rizab Persetukuan akan menaikkan kadar faedahnya tahun ini,” kata Penjaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chua Zheng Liang.

Bagi minggu baru berakhir,logam berharga itu didagangkan keseluruhannya lebih rendah.

Oktober 2015 dan November 2015 susut 100 mata tiap satu untuk ditutup pada RM154.00 segram manakala Disember 2015 dan Januari 2016 jatuh 105 mata tiap satu masing-masing kepada RM154.60 dan RM155.10 segram.

Jumlah dagangan mingguan berjumlah 211 lot bernilai RM2.48 juta berbanding 458 lot bernilai RM6.77 juta yang didagangkan minggu lalu.

Kepentingan terbuka pada Jumaat turun kepada 832 kontrak berbanding 846 kontrak sebelum ini. 

Sementara itu, harga emas meningkat kepada paras tiga minggu tinggi pada Jumaat selepas minit daripada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan menunjukkan bank pusat AS tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah.

Spot emas naik 1.2 peratus kepada AS$1,152.06 seauns pada 0930 GMT, selepas mencapai paras tiga minggu tinggi AS$1,154 pada sesi dagangan awal.

Harga disokong oleh kenyataan minit mesyuarat Fed pada Khamis, yang menggambarkan bank pusat amat berhati-hati dengan laporan data pekerjaan yang sederhana minggu lalu yang menunjukkan kejatuhan mendadak dalam pengambilan pekerjaan.

“Kami masih melihat permintaan kukuh,” kata Ketua Strategi Komoditi ING Bank, Hamza Khan.

“Tahap asas ditetapkan kepada harga lebih tinggi dan berapa lama Fed akan mengekalkan pendirian untuk tidak menaikkan kadar faedah dan gambaran lebih kukuh untuk emas,” katanya.

Hamza menambah, logam boleh meningkat sehingga AS$1,200 minggu ini mencapai paras yang kali terakhir pada akhir Jun.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment