Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 Oktober 2015



Harga emas meningkat kepada paras tiga minggu tinggi semalam selepas minit daripada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan menunjukkan bank pusat AS tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah.

Spot emas naik 1.2 peratus kepada AS$1,152.06 seauns pada 0930 GMT, selepas mencapai paras tiga minggu tinggi AS$1,154 pada sesi dagangan awal.

Harga disokong oleh kenyataan minit mesyuarat Fed pada Khamis, yang menggambarkan bank pusat amat berhati-hati dengan laporan data pekerjaan yang sederhana minggu lalu yang menunjukkan kejatuhan mendadak dalam pengambilan pekerjaan.

“Kami masih melihat permintaan kukuh,” kata Hamza Khan, ketua strategi komoditi ING Bank.

“Tahap asas ditetapkan kepada harga lebih tinggi dan berapa lama Fed akan mengekalkan pendirian untuk tidak menaikkan kadar faedah dan gambaran lebih kukuh untuk emas,” katanya.

Khan menambah logam boleh meningkat sehingga AS$1,200 minggu depan, mencapai paras yang kali terakhir pada akhir Jun.

Namun, pasaran kekal agak berhati-hati semalam, dengan mengambil perhatian bahawa minit mesyuarat juga mendedahkan dasar Fed berhubung kenaikan kadar pertama bank pusat dalam hampir satu dekad perlu dilaksanakan pada tahun 2015.

Emas berada di bawah tekanan daripada jangkaan bahawa bank pusat akan menaikkan kadar faedah tahun ini, berpotensi meningkatkan peluang pemilikan emas bukan hasil.

Namun, data ekonomi AS yang lemah dan kebimbangan mengenai ekonomi global mendorong ramai menarik balik jangkaan yang membantu kenaikan emas lebih tiga peratus bulan.

Kelewatan dalam kenaikan kadar mungkin memberi tekanan kepada dolar, yang menyokong pasaran emas dengan menjadikan logam itu lebih murah kepada pemegang mata wang lain.

Kenaikan semalam juga membantu emas pulih semula daripada beberapa kerugian daripada Khamis apabila ia ditutup jatuh 0.6 peratus walaupun dolar menyederhana.

Logam itu berada di landasan untuk meningkat 1.3 peratus minggu ini.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
MUDAHNYA BELAJAR FOREX --> http://goo.gl/3mTrET
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment