Harga emas jatuh ke paras empat minggu terendah pada Khamis melanjutkan kerugian dalam dagangannya ke sesi ketiga berturut-turut susulan pengukuhan dolar dan prospek kadar faedah yang lebih tinggi di AS.
Harga emas jatuh kepada AS$1,164.25 seauns dengan paras terendahnya sejak 5 Jun dan didagangkan AS$1,164.61 pada 0644 GMT.
Ia kerugian satu peratus setakat ini dalam dua sesi sebelumnya.
Indeks dolar pula menghampiri paras tertingginya dalam tempoh tiga minggu dengan sokongan data pengajian pekerja swasta AS yang kukuh dan kelemahan mata wang euro selepas Greece mengumumkan gagal membayar hutang kepada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).
Dengan krisis hutang Greece gagal mencetuskan pembidaan zon selamat bagi emas, pasaran kini beralih kepada data bukan peladangan AS dan barangan yang akan diumumkan lewat semalam, untuk mendapatkan petunjuk kedudukan semasa ekonominya yang akan mempengaruhi dasar monetari Rizab Persekutuan.
"Emas adalah aset lindung nilai dan setakat ini ia tidak memiliki prestasi yang memberangsangkan sepanjang minggu. Kurang menjadi daya penarik kerana dolar mengalami pengukuhan secara kerap," kata penganalisis Phillip Futures, Howie Lee.
Katanya, berdasarkan data ekonomi AS yang kukuh, terdapatnya kemungkinan emas akan meneruskan corak menurunnya sepanjang hari.
"Kami menjangkakan laporan pekerjaan AS akan mengukuh lagi kedudukan dolar dan terus menolak emas jatuh ke paras lebih rendah kepada AS$1,150."
Laporan ADP National Employement pada Rabu menunjukkan adanya perw tambahan 237,000 pekerjaan dalam sektor swasta padfa Jun, mengatasi jangkaan ahli ekonomi dalam tinjauan Reuters yang menjangkakan sekitar 218,000 pekerjaan sebelum ini.
Ia adalah kenaikan terbesar dalam tempoh enam bulan.
Data yang lebih mengalakkan mungkin akan mencetuskan langkah Fed untuk menaikkan kadar faedah tidak lama lagi sekaligus memberi kesan yang lebih besar kepada aset pembayaran berasaskan emas.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment