Kuala Lumpur - Idamkan gelaran jutawan segera menyebabkan seorang suri rumah menjadi mangsa penipuan 'skim kelentong' membabitkan kerugian lebih RM700,000.
Lebih memburukkan keadaan apabila mangsa turut diugut bunuh oleh kumpulan ejen pelaburan skim itu sekiranya membuat laporan polis.
Mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Revathy, 40, berkata, dia mula terjebak dengan skim cepat kaya itu selepas diperkenalkan rakannya melalui laman sosial Facebook Mei lalu.
Menurutnya, ejen skim cepat kaya itu kemudian bertemu dengannya dan memberikan penjelasan berhubung pelaburan itu.
"Ejen itu berjanji memberikan pulangan berlipat ganda jika saya melabur di dalam sebuah syarikat skim pelaburan itu.
"Selepas mendengar dan berpuas hati dengan penjelasannya, saya diminta memasukkan wang ke akauan bank milik seorang ejen pelaburan itu," katanya.
Dia berkata, ejen wanita itu mendakwa dia mampu memperolehi keuntungan lebih RM1.4 juta dalam tempoh 31 hari hasil pelaburan itu.
"Bagaimanapun sehingga kini, keuntungan pelaburan dijanjikan hanya tinggal janji kosng. Malah wanita itu terus berdolak dalih setiap kali dihubungi.
"Malah suspek berusia 23 tahun itu mengugut mahu membunuh saya jika perkara itu dilaporkan kepada polis," katanya.
Mangsa yang bimbang keselamatannya kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di sini, semalam.
Sumber : Harian Metro (03 Julai 2015)
Tulisan :Nabihah Kamal
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment