Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Mahkamah Lulus Permohonan Tuntut RM411 Juta Labur Emas


Ipoh - Mahkamah Tinggi di sini semalam, membenarkan permohonan pernggantungan yang difailkan lima pemegang saham minoriti syarikat pelaburan emas, Bestino Golden House Sdn Bhd (Bestino) untuk meneruskan saman terhadap dua pengarah yang juga pemegang saham majoriti syarikat itu, Chong Yuk Ming dan Chang Kuei Geh.

Perintah itu dikeluarkan Pesuruhjaya Kehakiman, Che Mohd Ruzima Ghazali selepas kes didengar dalam kamar.

Peguam yang mewakili lima pemegang saham minoriti itu, Effa Ruzana Anuar, ketika ditemui di luar mahkamah, berkata mahkamah turut memerintahkan supaya kedua-dua defendan membayar kos RM5,000 kepada semua plaintif.

Effa Ruzana berkata, pihaknya akan memulakan prosiding memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan dalam tempoh sebulan sebelum mendapatkan tarikh sebutan untuk saman itu didengar di Mahkamah Tinggi.

Pelabur dapat wang pelaburan
Katanya, saman itu dibuat bagi membolehkan hak kira-kira 6,764 pelabur yang membuat pelaburan dalam syarikat berkenaan mendapat semula wang pelaburan berjumlah RM411 juta yang sudah dilaburkan.

Permohonan penggantungan itu dibuat plaintif pada November tahun lalu.

Pada Febuari 2011, empat pengarah Bestino dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas 322 tuduhan pengubahan wang haram RM156.2 juta dan lima tuduhan menerima deposit tanpa lesen dalam tempoh dua tahun syarikat itu beroperasi.

Bank Negara merampas aset syarikat itu mengikut Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2011 berjumlah RM24.2 juta sebagai bahan bukti.

Sumber : Berita Harian (02 Julai 2015)

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment