Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 01 Julai 2015


Emas semalam bergelut menghampiri paras terendah dalam tempoh hampir empat minggu, disebabkan dolar kekal berdiri teguh selepas Greece gagal membayar pinjaman kepada Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF).

Krisis hutang Greece gagal mencetuskan tawaran teguh terhadap logam lebih selamat itu, dengan pelabur emas masih bimbang terhadap kenaikan kadar faedah AS yang dijangka akhir tahun ini selepas data ekonomi yang lebih kukuh.

Spot emas meningkat kepada AS$1,174.25 seauns pada 0641 GMT, tetapi sebahagian besarnya kekal pada 0.7 peratus kejatuhan dari hari Selasa.

Ia jatuh kepada AS$1,166.35 pada sesi sebelumnya, yang paling rendah sejak 5 Jun.

Greece membuat rundingan saat akhir kepada pemiutang antarabangsa untuk bantuan kewangan kelmarin, tetapi ia tidak mencukupi untuk menyelamatkan negara itu daripada menjadi ekonomi maju pertama yang gagal menjelaskan pinjaman dengan IMF.

Dengan kegagalan membayar hutangnya kepada IMF, Greece dalam laluan keluar daripada zon euro, sekaligus meninggalkan kesan yang tidak dapat diramalkan untuk projek besar mata wang Kesatuan Eropah (EU) dan ekonomi global.

"Kami melihat beberapa belian emas awal bulanan yang sedikit mendesak kenaikan harga hari ini.

"Tetapi keadaan Greece sendiri menjejaskan emas. Orang ramai seolah-olah tidak bimbang mengenai kesan penularan dan kelihatan sangat jelas dalam harga emas," kata peniaga logam berharga di Hong Kong, semalam.

Emas kebiasaannya menyaksikan tawaran yang lebih selamat pada masa ketidaktentuan kewangan dan ekonomi.

Tetapi prestasi emas yang kurang memberangsangkan menunjukkan kelemahan lebih luas apabila pelabur bersedia untuk kenaikan kadar faedah AS tahun ini.

Masih ada ruang untuk krisis memandu wang yang ingin mengelak risiko memilih emas, jika ia menjadi lebih teruk hingga ke peringkat di mana Greece meninggalkan zon euro, atau jika terdapat penularan ke negara lain dalam blok, seperti Itali, portugal atau Sepanyol.

Dengan euro dalam keadaan bertahan semalam, indeks dolar meningkat lebih tinggi untuk sesi kedua berturut-turut.

"Rizab Persekutuan berada pada landasan yang betul untuk menaikkan kadar faedah tahun ini, dengan September masih 'dalam pertimbangan'," kata seorang pegawai atasan bank pusat itu, kelmarin.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment