Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN HARAM : Polis Kumpul Maklumat Dalang Skim Pelaburan


Shah Alam - Polis kini dalam usaha untuk mengumpul maklumat berkaitan seorang lelaki yang mendalangi skim pelaburan yang memperdayakan lebih 800 individu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, setakat ini suspek masih lagi belum ditahan namun pihaknya sedang giat memburu individu berkenaan.

"Polis masih menjalankan sisatan rapi berhubung penipuan yang dilakukan lelaki terbabit dan setakat ini tiada tangkapan yang dibuat.

"Saya juga berharap mangsa untuk tampil membuat laporan polis sekiranya ditipu dalam skim pelaburan terbabit supaya maklumat lanjut dapat dikumpul pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Muka depan Metro Ahad, semalam melaporkan seorang lelaki giat mengeksploitasi ibu tunggal dan wanita berstatus janda untuk menyertai skim pelaburan yang dijalankan dengan modal minimum sebanyak RM1,500 seorang.

Namun, kebanyakan pelabur yang terpedaya dengan janji manis lelaki terbabit melabur antara RM2,000 hingga RM5,000 membolehkan suspek mengaut keuntungan yang banyak dalam tempoh singkat.

Tembelalang lelaki terbabit terbongkar apabila sekumpulan pelabur menyedari kebanyakan ejen yang menggunakan 'intro' mereka adalah janda.

Menyedari dirinya kini menjadi buruan, pengasas skim berkenaan yang turut memiliki beberapa motosikal berkuasa tinggi terus menyepikan diri menyebabkan mangsa semakin buntu kerana ada antara mereka terpaksa menanggung kerugian yang banyak.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment