Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM CEPAT KAYA : Dana Haji Jasman Terus Tipu Pelabur


Kuala Lumpur : Selamatkan Dana Melayu! Itu taktik terbaharu pelaburan 'Dana Haji Jasman' untuk menipu orang ramai selepas sindiket terbabit dikesan dan disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2012.

Sindiket itu yang diketuai individu sama tetapi kononnya kini sudah bergelar Tan Sri Haji Jasman, mendakwa ada sejumlah dana milik Raja-Raja Melayu yang disimpan di England.

Dia mendakwa, pada awal kurun ke-20 Kerajaan British berjanji akan memulangkan harta berkenaan yang berjumlah RM2,400 trilion selepas cukup 100 tahun.

Bagi meyakinkan bakal pelabur, sindiket itu menunjukkan surat perjanjian ditandatangani Kerajaan British, selain keratan akhbar mengenai harta berkenaan ketika memberi taklimat.

Bagaimanapun, dana berkenaan tidak dapat dikeluarkan kerana pihak berkuasa di negara itu mengenakan caj serta kos penghantaran pulang dana berkenaan.

Berikutan itu, sindiket terbabit menawarkan pelbagai pakej pulangan kepada pelabur yang boleh menyumbangkan untuk membawa pulang dana berkenaan.

Pulangan RM1.5 juta
Terbaharu, pelabur ditawarkan pulangan RM1.5 juta bagi setiap RM100 yang dilabur. Pelaburan itu diserahkan kepada ejen sindiket terbabit yang dikenali sebagai 'Pay Master'.

Pelabur dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta menandatangani baiah (akujanji) untuk tidak melanggar 10 syarat, termasuk taat kepada kerajaan dan juga tidak melakukan maksiat.

Difahamkan, kira-kira 160,000 pelabur Melayu di seluruh negara menyertai skim pelaburan berkenaan.

Taktik itu didedahkan oleh seorang pelabur yang mahu dikenali sebagai Ujang, 59.

Ujang berkata, Jasman yang dikatakan menetap di Sepang, Selangor menganjurkan beberapa siri taklimat dan makan malam di Damansara, Bandar Tasik Selatan Dan Kepong Bestari, baru-baru ini.

Ribuan pelabur dari pelbagai latar belakang pekerjaan seperti pemandu teksi, bekas tentera, profesional dan ahli perniagaan menghadiri majlis berkenaan.

Bagaimanapun, penganjur tidak membenarkan pelabur membuat rakaman sepanjang taklimat itu.

Labur minimum RM500
"Pelabur perlu menyerahkan wang sekurang-kurangnya RM500 sebagai usaha membantu Jasman mengeluarkan 'dana Melayu' itu di England.

"Saya sudah melaburkan hampir RM800 dan dijanjikan pulangan modal hampir RM10 juta pada bulan ini," katanya yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi tokoh korporat.

Ujang berkata, bagi meyakinkan pelabur bahawa kegiatan itu sah, mereka menunjukkan hampir 4,000 laporan polis terhadap Jasman berhubung kutipan berkenaan, tetapi masih beroperasi hingga kini.

Sementara itu, jurucakap Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) berkata, sindiket pelaburan terbabit dilaporkan bergiat aktif sejak tahun 2007.

"Pada peringkat awal, sindiket itu mengaut keuntungan mencecah jutaan ringgit menerusi skim pelaburan ala perniagaan jualan langsung (MLM)," katanya.

Sumber : Berita Harian (16 Mac 2015)
Penulis : Wan Noor Hayati Wan Alias


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment