Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Harga Emas Bergerak Perlahan


Harga emas di pasaran dunia dijangka terus berlegar antara AS$1,200 (RM4,431) hingga AS$1,300 (RM4,800) seauns atau antara RM142.46 hingga RM154.33 segram pada tahun ini, dipengaruhi pelbagai faktor termasuk ketidaktentuan pasaran dan pertumbuhan ekonomi global.

Bagaimanapun, harga logam berharga itu dijangka mula meningkat dalam tempoh dua tahun didorong beberapa petunjuk termasuk peningkatan permintaan dari negara pengguna utama seperti China dan India, selain dipengaruhi pelaksanaan pelonggaran monetari bank pusat.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif FX1 Academy Pte Ltd, Mario Sant Singh, berkata permintaan emas akan sentiasa ada walaupun Tabung Mata Wang Antarabangsa (IMF) menjangkakan pertumbuhan ekonomi dunia menurun kepada 3.3 peratus daripada 3.8 peratus tahun ini.

"Sekarang ini terdapat banyak ketidaktentuan dalam pasaran tetapi dagangan emas tetap berterusan.  Logam berharga itu yang sentiasa menjadi pilihan peruncitan dan institusi pelaburan berikut sifatnya sebagai alat pelindung nilai terhadap ketidaktentuan pasaran.

Emas sebagai pelaburan
"Orang ramai tetap memilih emas sebagai pelaburan mereka berbanding pelaburan lain seperti bon dan sebagainya kerana ia adalah aset selamat," katanya selepas pelancaran Gold Maple Leaf di Malaysia dan Seminar Tinjauan Emas serta Ekonomi Dunia anjuran Tomei Consolidated Bhd (Tomei) di Petaling Jaya, semalam. Yang turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Tomei, Datuk Ng Yih Pyng.

Mario yang juga pakar kewangan antarabangsa berkata, faktor lain yang turut mempengaruhi harga emas seperti inflasi, dolar AS, permintaan dan penawaran.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment