Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 22 Mac 2015


Emas mengekalkan kenaikan semasanya untuk diniagakan hampir ke paras tertinggi dalam dua minggu pada Jumaat.

Ia menuju kepada kenaikan mingguan terbesarnya sejak Januari, selepas Rizab Persekutuan (Fed) memberikan isyarat berhubung laluan kenaikan kadar faedah dan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Spot emas berada stabil pada AS$1,171.20 seauns menjelang 0730 GMT, hampir ke paras tertinggi dua minggu AS$1,177.46 yang dicatatkan pada Khamis.

Logam itu meningkat kira-kira satu peratus minggu, kenaikan mingguan tertingginya sejak hujung Januari lalu.

Emas jatuh ke paras terendahnya dalam tempoh empat bulan minggu ini apabila kebimbangan memuncak berhubung kadar faedah AS yang lebih tinggi mungkin menjejaskan permintaan bagi logam itu yang tidak menanggung faedah.

Fed, bagaimanapun mengutarakan nota berhati-hati mengenai tahap pemulihan ekonomi AS selepas mesyuarat dasar dua harinya minggu lalu.

Bank pusat AS itu mengurangkan anggaran median bagi kadar dana persekutuan dan mengutarakan kebimbangan berhubung pengukuhan dolar.

"Emas masih mendapat perhatian daripada kenyataan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang berhati-hati, jaminan singkat serta pembelian baharu," kata penganalisis HSBC, James Steel.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka mengalami trend meningkat minggu ini disokong momentum belian yang berterusan, kata peniaga.

Beliau berkata, emas dijangka menyaksikan pergerakan menaik berikutan kelemahan ringgit, yang akan meningkatnya minat belian ke atas logam itu.

Untuk minggu baru berakhir, pasaran tempatan diniagakan keseluruhannya lebih tinggi, dirangsang oleh pemulihan ekonomi AS dan kebimbangan mengenai kenaikan kadar faedah negera berkenaan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, Mac 2015 menambah 71 mata kepada RM141.15 segram, April 2015 naik 70 mata kepada RM141.55 segram manakala Mei 2015 dan Jun 2015 meningkat 66 mata tiap satu masing-masing kepada RM141.00 dan RM142.20 segram


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment