Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 Mac 2015


Emas mengekalkan kenaikan daripada rali tiga hari semalam untuk diniagakan hampir ke paras tertinggi dalam tempoh dua minggu.

Ia dilonjakkan oleh nilai dolar lebih lemah dan peringatan daripada Rizab Persekutuan (Fed) berhubung tempoh masa kemungkinan menaikkan kadar faedah Amerika Syarikat (AS).

Spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,182.55 seauns menjelang 0715 GMT.

Ia menokok kepada AS$1,187.80 Jumaat lalu, paras tertinggi sejak 6 Mac apabila mata wang dolar AS menjunam.

Mata wang AS itu berada di bawah tekanan sejak Rabu lalu apabila Fed menyuarakan nada berhati-hari mengenai tahap pemulihan ekonomi di negara itu dan mengurangkan unjurannya bagi kadar dana persekutuan.

Jangkaan pungutan suara peserta pasaran bagi kenaikan kadar faedah AS beralih, dengan kebanyakan bank utama di Wall Street kini menjangkakan Fed akan kekal sehingga sekurang-kurangnya September dan unjuran bagi kadar faedah dinaikkan pada bulan Jun semakin berkurangan.

"Dengan kenaikan kadar faedah dijangka tidak berlaku sehingga September, sebahagian peralihan kedudukan singkat bagi emas adalah dijangkakan dan nilai dolar yang lebih lemah buat sementara turut memberikan sokongan permintaan emas,” kata penganalisis Phillip Futures,Howie Lee.

Peniaga berkata, paras peting seterusnya bagi emas adalah AS$1,200.

Emas jatuh ke paras terendah dalam tempoh empat bulan sebelum Fed bermesyuarat minggu lalu, apabila kebimbangan semakin memuncak mengenai kadar faedah lebih tinggi akan menjejaskan permintaan bagi emas yang tidak menanggung faedah.

Bagaimanapun, ia kembali pulih selepas itu.

Dolar memulakan dagangan di Asia secara bertahan, selepas turun naik selama beberapa hari sebelum keputusan Fed dibuat, yang mencetuskan keraguan mengenai kedudukan bulis mata wang AS.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment