Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Pelaburan Logam Berharga Dapat Pengecualian


Petaling Jaya : Pelaburan untuk logam berharga (IPM) yang terdiri daripada jongkong emas, perak dan platinum adalah di bawah pembekalan yang dikecualikan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA) Abd Razak Mohd A Kadir berkata, jongkong emas terutamanya yang diperluaskan kepada pembekalan dikecualikan GST adalah yang mendapat akreditasi London Bullion Market Association (LBMA).

"Di Malaysia, nilai dagangan pasaran IPM ialah RM10 bilion setahun dan 90 peratus daripadanya adalah jongkong emas yang diakredasi LBMA manakala hanya 10 peratus yang ditempa tempatan," katanya selepas mesyuarat agung tahunan pertama persatuan itu di sini, semalam.

Bagaimanapun, hanya 10 peratus daripada dagangan emas di Malaysia dalam bentuk IPM manakala 90 peratus dalam bentuk barang kemas yang tertakluk kepada GST pada kadar enam peratus mulai 1 April ini.

MGA ialah sebuah persatuan baru ditubuhkan untuk mewakili organisasi dan persatuan berkaitan industri logam berharga termasuk perlombongan, penapisan, penempaan, perdagangan, tukang barang kemas, pajak gadai, logistik berkaitan industri, kewangan dan institut penyelidikan.

Setiausaha MGA, Datuk Louis Ng Chun Hau berkata, persatuan itu mengadakan beberapa sesi dialog dengan kerajaan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia berhubung isu GST yang membabitkan industri.

Beliau berkata, antara aktiviti persatuan dalam tempoh terdekat ialah membuat susulan ke atas isu GST, terutamanya mebolehkan jongkong yang ditempa tempatan di bawah pembekalan dikecualikan GST dan mencadangkan kepada kerajaan model GST untuk barang kemas.

"Bagi barang kemas, kami harap kerajaan akan membuat pertimbangan model sama dengan Turki apabila GST hanya dikenakan ke atas nilai tambah seperti kos buruh, reka bentuk dan sebagainya, tetapi bukan pada nilai emas," katanya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment