Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 27 Mac 2015


Harga emas susut semalam selepas peniaga mengaut keuntungan rali sejak tujuh hari lalu, manakala dolar kembali meningkat semula disokong data Amerika Syarikat (AS) yang kuat.

Bagaimanapun logam berharga itu masih menunjukkan keuntungan bagi minggu kedua berturutan berikutan jangkaan kadar faedah AS kekal rendah untuk tempoh yang lama.

Kebimbangan yang berlaku di Timur Tengah selepas Arab Saudi dan sekutunya melancarkan serangan udara di Yaman turut menyokong emas, yang dilihat sebagai aset paling selamat.

Spot emas susut 0.3 peratus kepada AS1,199.95 seauns oleh 0755 GMT.

Logam itu melonjak pada Khamis kepada AS$1,219.40, iaitu tertinggi sejak 2 Mac, kesan tindak balas spontan terhadap serangan di Yaman.

Ia mampu merekodkan keuntungan untuk ditutup menghampiri AS$1,200.

"Emas semakin lemah kerana pengambilan keuntungan dan pengukuhan dolar.

"Saya tidak fikir peniaga mahu melakukan komitmen lebih banyak kecuali situasi menjadi lebih buruk di Yaman," kata Ketua Peniaga Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong, Ronald Leung.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah mengakhiri sesi pagi semalam dengan tiga bulan kontrak diniagakan.

Pada waktu rehat tengah hari, bulan semasa Mac 2015 susut sembilan mata kepada RM142.25 segram, April 2015 jatuh 13 mata kepada RM142.90 segram dan Jun 2015 merosot 21 mata kepada RM144.15 segram.

Mei 2015 pula tidak diniagakan dan kekal pada RM142.95 segram.

Volum berjumlah 104 lot, manakala kepentingan terbuka berjumlah 2,940 kontrak.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment