Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Mac 2015


Harga emas jatuh pada Jumaat secara rali selama tujuh hari berikutan sikap pelabur yang kekal berhati-hati menjelang maklum balas daripada Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang dipengerusikan Janet Yellen.

Bagaimanapun logam berharga itu dijangka masih kekal pada paras keuntungan bagi minggu kedua berturut-turut.

Walaupun berdepan kerugian pada Jumaat, emas masih berada di landasannya untuk ditutup pada minggu ini sekitar 1.5 peratus.

Yellen dijadualkan berucap di San Francisco berkenaan dasar monetari pada 1945 GMT dan peniaga akan menunggu maklum balas daripada Fed yang boleh mengetatkan dasar monetari.

Spot emas menyusut 0.4 peratus kepada AS$1,203.98 seauns.

Logam itu melonjak dua peratus pada Khamis iaitu paras tertinggi sejak 2 Mac pada AS$1,219.40 sebagai tindak balas dengan ketegangan di Asia Barat.

Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran April jatuh AS$5.00 untuk ditetapkan pada AS$1,199.80 seauns.

Sementara itu, dagangan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka dalam kedudukan berhati-hati minggu ini berikutan kebimbangan ke atas situasi di Asia Barat, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, ketegangan berlaku berikutan sasaran pengeboman oleh Arab Saudi dan sekutunya di Yeman.

Ini boleh menyebabkan pasaran lebih kukuh jika keadaan menjadi lebih buruk, katanya.

"Pelabur menjangkakan mengambil pendekatan tunggu dan lihat terhadap kedudukan di Yeman," katanya.

Namun, data ekonomi lebih kukuh di AS akan meningkatkan nilai dolar dan menjejaskan harga emas, katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran tempatan sebahagian besarnya didagangkan tinggi, terjejas ekoran pemulihan ekonomi AS serta kebimbangan terhadap ketegangan di asia Barat.

Berdasarkan perbandingan Jumaat ke Jumaat, Mac 2015 menokok sembilan mata kepada RM141.60 segram, April 2015 meningkat 12 mata kepada RM142.15 segram manakala Mei 2015 dan Jun 2015 masing-masing meningkat 24 mata kepada RM142.30 dan RM143.40 segram.

jumlah dagangan merosot kepada 932 lot bernilai RM13.19 juta berbanding 1,472 lot bernilai RM20.59 juta minggu lalu.

Kepentingan terbuka susut kepada 3,034 kontrak berbanding 3,223 kontrak yang dicatatkan Jumaat lalu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment