Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN PALSU : Rujuk Dulu Pihak Berwajib


Kuala Lumpur - Orang ramai diingati supaya sentiasa  memeriksa dengan agensi berkaitan berhubung mana-mana skim pelaburan yang diiklankan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan individu yang tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, skim penipuan yang sering menggunakan platform media sosial bukan perkara baru, namun masih ada orang ramai yang terpedaya dengan janji manis yang ditawarkan sesuatu skim.

"Pengguna harus bijak dalam menghindari daripada menjadi mangsa skim penipuan seumpama ini. Seharusnya mereka perlu melakukan pemeriksaan dengan agensi berkaitan.

"Orang ramai akan mendapat maklumat hasil pemeriksaan itu sama ada sesuatu skim pelaburan berkenaan berdaftar atau tidak dengan agensi bertanggungjawab," katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung laporan akhbar ini yang mendedahkan satu skim pelaburan yang diasaskan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an sehingga mampu memperdaya 800 individu laindengan jumlah pelaburan mencecah RM1.2 juta.

Bagaimanapun, lelaki itu dalam pemerhatian polis dan berada dalam senarai individu yang dikehendaki berikutan kegiatan pelaburannya yang memperdayakan ramai mangsa.

Jailani turut mengingati masyarakat supaya tidak mudah tertipu dan membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung sebarang iklan dalam talian (online) yang meragukan.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abd Rahman menyarankan kepada orang ramai supaya memeriksa mana-mana skim pelaburan dengan Suruhanjaya Sekuriti sebagai langkah berjaga-jaga.

"Tidak kira apa juga platform saluran yang digunakan sama ada media sosial mahupun risalah yang diedarkan, kita sebagai orang awam perlu memeriksa kesahihannya.

"Jangan semberono mempercayai pelaburan tanpa memeriksa sama ada ia satu skim yang didaftarkan atau sebaliknya. Ini adalah tanggungjawab kita," katanya.

Katanya, menerusi kaedah itu juga, orang awam dapat membantu pihak berkuasa dalam menyelesaikan masalah skim penipuan yang sering dilaporkan di media massa.

Sumber : Harian Metro ( 16 Mac 2015 )
Tulisan : Muhammad Saufi Hassan


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment