Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PANAS : Bongkah Jed 20 Tan Ditemui Di Acheh


Banda Aceh - Seorang petani di Kampung Pante Ara, daerah Nagan Raya, 300 kilometer ke selatan Banda Aceh menemui bongkah batu permata jed seberat 20 tan dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya 30 bilion rupiah (RM10 juta) baru-baru ini.

Ketua Jabatan Perlombongan dan Tenaga Nagan Raya, Samsul Kamal yang mengesahkan penemuan itu berkata, pihak berkuasa mengarahkan bongkah jed itu dipotong dan dibawa ke ibu pejabat daerah untuk disimpan sebelum langkah selanjutnya diambil.

"Keputusan memotong bongkah jed itu adalah bagi mengelakkan perebutan antara penduduk setempat," katanya yang dipetik media tempatan.

Samsul berkata enam gergaji khas digunakan bagi memotong bongkah jed terbabit secara berperingkat dan setakat ini sebanyak lima tan sudah dipotong.

"Sepasukan anggota tentera Indonesia dan polis daripada Briged Mobil (Brimob) ditempatkan di lokasi batu terbabit bagi mengawal keadaan," katanya.

Ketua Daerah Nagan Raya H T Zulkarnain berkata, pihak berkuasa masih membincangkan mengenai apa yang akan dilakukan ke atas permata itu.

"Ada cadangan agar ia dijadikan sebagai antara bahan untuk pembinaan Masjid Agung Nagan Raya, namun ada yang menyarankan agar sebahagian wang jualan permata itu diserahkan kepada petani yang menemuinya. Walau bagaimanapun semua ini masih pada peringkat perbincangan," katanya.

Ketua Dewan Pimpinan Pusat Gabungan Pencinta Batu Alam Aceh (GaPBA), Nasrul Sufi berkata bongkah jed yang ditemui adalah daripada jenis Idocrase, iaitu berwarna jernih kehijauan.

"Jika separuh saja daripada bongkah permata dijadikan perhiasan, nilainya boleh mencapai 30 bilion rupiah, bagi permata kelas kedua. Namun jika ia daripada kelas 'super' nilainya akan meningkat dua kali ganda," katanya.

Daerah Nagan Raya terkenal sebagai pengeluar permata jed di Aceh dengan 50 peratus daripadanya datang dari daerah ini.

Laporan mengatakan sejak tsunami melanda wilayah itu pada 2004, jed dengan saiz besar semakin banyak ditemui, namun saiz 20 tan ini adalah yang paling besar setakat ini.

Sumber : Berita Harian ( 11 Mac 2015 )



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment