Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Barangan Antik RM1 Juta Lesap


Kuching - Seorang warga emas berputih mata apabila barangan antik dipercayai berusia 300 tahun miliknya dianggarkan bernilai RM1 juta dicuri apabila kediamannya dipecah masuk dalam kejadian di Jalan Bampfylde, berhampiran Panggung Udara, di sini, kelmarin.

Kejadian disedari lelaki berusia 60-an itu pada jam 11 pagi ketika meninjau kawasan rumah yang dijadikan tempat menyimpan barangan antik sebelum mendapati pintu bahagian hadapan terbuka.

Mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian itu kali kedua berlaku dalam tempoh tujuh bulan, tetapi situasi berbeza kerana pencuri melarikan barangan antik disimpan dalam rumah.

"Pada September tahun lepas, rumah saya dipecah masuk dan pencuri melarikan wang tunai, namun kali ini kejadian sama berulang lagi, tetapi penjenayah melarikan barang antik pula.

"Pencuri sempat meninggalkan nota meminta maaf dan mendakwa perbuatan itu dilakukan kerana terdesak," katanya.

Menurutnya, dia sekeluarga menetap di rumah berlainan satu kilometer dari rumah itu yang tiada penghuni dan hanya digunakan menyimpan barangan antik.

"Setiap hari, saya ke sini untuk membuat pemeriksaan. Pada hari kejadian, saya terkejut mendapati barangan antik lesap antaranya pedang, parang serta paip yang digunakan untuk merokok.

"Saya berharap mereka yang mengambil barangan antik itu memulangkannya semula. Ia penting bagi saya yang mempunyai hobi menyimpan barangan lama seperti koleksi," katanya.

Berikutan itu, mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching untuk tindakan lanjut.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment