Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 Mac 2015


Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka diniagakan lebih rendah minggu ini berdasarkan sentimen belian yang lemah berikutan pengukuhan data pekerjaan AS seperti yang diumumkan pada Jumaat.

Peniaga berkata penganalisis menjangkakan AS akan menambah 235,000 pekerjaan pada Febuari, manakala kadar pengangguran akan berkurangan kepada 5.6 peratus berbanding 5.7 peratus pada bulan sebelumnya.

"Data pekerjaan yang positif boleh menyebabkan emas turun mendadak berikutan pasaran yakin data yang kukuh itu akan menyebabkan Rizab Persekutuan AS menaikkan kadar faedah, satu langkah yang akan meningkatkan lagi dolar dan sebaliknya mengurangkan permintaan untuk aset bukan berdasarkan faedah seperti emas," katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, logam berharga itu kemungkinan akan mengumpul kekuatan jika data peluang pekerjaan berada di bawah 230,000.

Bagi minggu lalu, pasaran tempatan diniagakan, kebanyakannya rendah, akibat pemulihan ekonomi AS selain kebimbangan terhadap kenaikan kadar faedah negara itu.

Mengikut perbandingan mingguan, Mac 2015 menokok 18 mata kepada RM140.50 segram, April 2015 naik sembilan mata kepada RM140.85 segram dan Jun 2015 meningkat sebanyak 24 mata kepada RM141.70 segram.

Mei 2015 susut tujuh mata kepada RM140.50 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 1,543 lot bernilai RM21.86 juta berbanding 635 lot bernilai RM8.72 juta yang dicatatkan pada minggu lalu.

Kepentingan terbuka pada Jumaat lebih tinggi kepada 3,430 kontrak berbanding 3,403 kontrak pada Jumaat sebelumnya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment