Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 06 Mac 2015


Emas bertahan di bawah pasaran AS$1,200 seauns semalam dan menuju ke arah penurunan untuk minggu kelima berturut-turut dengan dolar menghampiri paras tertinggi 11 tahun ekoran jangkaan data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kenaikan kadar faedah.

Spot emas tidak banyak berubah pada AS$1,198.40 seauns pada 0726 GMT, selepas jatuh selama empat sesi berturut-turut kelmarin.

Logam itu jatuh kira-kira satu peratus minggu ini.

Semua mata tertumpu kepada laporan senarai gaji bukan perladangan (NFP) AS yang dijadualkan dikeluarkan lewat semalam untuk mengukur kekuatan ekonomi dan bagaimana ia akan memberi kesan terhadap sebarang tempoh masa kenaikan kadar faedah oleh Rizab persekutuan (Fed).

Penganalisis yang ditinjau menjangkakan senarai gaji AS meningkat 240,000 bulan lalu dan kadar pengangguran turun kepada 5.6 peratus daripada 5.7 peratus.

"Data NFP yang kukuh menyebabkan harga emas jatuh dengan mendadak dan pantas, mungkin kepada AS$1,180, diikuti dengan sedikit lantunan menaik.

"Sebarang angka di atas 250,000 hampir pasti akan mempunyai kesan ini," kata Howie Lee, penganalisis pelaburan di Phillip Futures Sdn Bhd. Namun, logam itu boleh melonjak ke AS$1,230 jika angka itu adalah di bawah 230,000, kata Lee.

Pasaran percaya laporan yang kukuh boleh mendorong Fed untuk segera meningkatkan kadar faedah AS, satu langkah yang boleh menjejaskan permintaan untuk aset yang tidak tertakluk kepada kadar faedah seperti emas dan merangsangkan lagi dolar.

Dolar berlegar pada paras tertinggi 11 tahun berbanding dengan sekumpulan mata wang utama awal semalam berikutan jangkaan laporan yang kukuh.

Ia juga dibantu oleh kelemahan nilai mata wang euro, yang berada di bawah tekanan selepas Bank Pusat Eropah berkata, ia akan memulakan program pembelian bon bernilai 1 trilion minggu depan.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment