Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 05 Mac 2015


Emas meningkat di atas AS$1,200 seauns semalam selepas mencatatkan penurunan selama tiga hari apabila harga saham menjadi lemah.

Bagaimanapun, kenaikan dihadkan oleh data ekonomi yang baik dari Amerika Syarikat (AS) serta pengukuhan dolar.

Spot emas menokok 0.2 peratus kepada AS$1,201.75 seauns menjelang 0706 GMT, selepas kehilangan satu peratus dalam tiga sesi terdahulu apabila harga saham Asia susut menjejaki penurunan Wall Street daripada rekod tertingginya.

Namun, dengan dolar berada pada kemuncak dalam tempoh 11 setengah tahun selepas data ekonomi AS kukuh dan gambaran teknikal kelihatan lemah, penganalisis menjangkakan harga emas akan menjadi lebih rendah.

Sokongan seterusnya bagi emas pada masa ini berada pada AS$1,195, kata penganalisis teknikal di ScotiaMocatta.

"Kami menjangkakan untuk menguji paras ini seterusnya dan jika berjaya melepasinya, emas akan menjadi mendatar seterusnya terbuka untuk menguji paras terendah AS$1,131 yang dicatakan pada November 2014," kata penganalisis berkenaan.

Emas berada dalam keadaan kurang baik disebabkan data ekonomi mantap dari AS, kebimbangan berhubung kenaikan kadar faedah dalam tempoh terdekat serta sentimen pelabur yang semakin berkurangan.

Data pada Rabu menunjukan majikan persendirian AS menambah 212,000 pekerjaan sektor swasta pada bulan lalu.

Dalam laporan yang berasingan, Institut Pengurusan Bekalan berkata, indeks perkhidmatan berada pada 56.9 bulan lalu, meningkat sedikit berbanding 56.7 pada Januari.

Pengukuhan ekonomi mengurangkan daya tarikan logam berharga, yang biasanya dilihat sebagai pelaburan alternatif semasa tempoh ekonomi serta geopolitik yang sukar.

Dolar lebih kukuh menjadikan emas lebih mahal bagi pemegang mata wang lain.

Pelabur kini menunggu data gaji AS untuk mendapatkan lebih petunjuk berhubung ekonomi.

Data itu juga diperhatikan untuk melihat bagaimana ia boleh memberikan impak mengenai tempoh Rizab Persekutuan (Fed) bertindak untuk menaikkan kadar faedah.

Kadar faedah lebih tinggi boleh menjejaskan permintaan aset tidak menanggung faedah seperti emas.



Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment