Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN EMAS : Pitam RM3.4 Juta Lesap


Melaka - Seorang peniaga bersama 50 ahli keluarganya 'pitam' sebaik mengetahui wang RM3.4 juta dilaburkan di dalam skim pelaburan emas dalam talian sebaliknya dilarikan sindiket penipuan terancang.

Mangsa yang baru berusia 19 tahun itu turut bertindak sebagai ejen bagi memujuk orang ramai menyertai pelaburan emas didakwa boleh memberikan pelangan keuntungan luar biasa.

Ketua Jabatan Siasatan jenayah Komersial (JSJK) Negeri Superintendan Ee Khong Koy berkata, semua mangsa dipercayai ditipu syarikat menguruskan jual beli emas menerusi laman sosial.

"Mangsa terpengaruh dengan tawaran itu sehingga teruja membuat pembelian emas secara tempahan. Sindiket itu menawarkan keuntungan tinggi berdasarkan tempoh pelaburan dilakukan.

"Berdasarkan laporan, sindiket itu yang mula beroperasi September lalu menabur janji kononnya mangsa akan mendapat emas ditempah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Negeri di Bukit Beruang di sini, semalam.

Beliau berkata, ahli perniagaan itu mendakwa urusan pembelian emas itu berjalan lancar pada peringkat awal sehingga membuatkannya teruja lalu mempelawa ahli keluarga dan rakan membuat pembelian emas.

"Mangsa berperanan melakukan transaksi wang bagi urusan dengan syarikat berkenaan.

"Malangnya emas dijanjikan tidak diterima mangsa, malah suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi," katanya.

beliau berkata, hasil siasatan mendapati syarikat terbabit ada membuat promosi melalui laman sosial, malah mempunyai ramai ejen di seluruh negara.

"Suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan pakej keuntungan lumayan. Selepas menerima bayaran secara tunai  dan pindahan wang ke akaun syarikat, suspek utama sindiket itu akan menghilangkan diri.

"Mangsa menyedari ditipu pada akhir Disember lalu selepas emas ditempah masih belum diperoleh," katanya.

Menyedari ditipu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Banda Hilir di sini, 9 Januari lalu.

"Polis percaya ramai lagi mangsa diperdaya sindiket pembelian emas melalui dalam talian itu.

"Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan dan orang ramai diminta tampil ke balai polis berhampiran sekiranya mempunyai maklumat berkaitan kes itu," katanya.

Sumber : Harian Metro (15 Januari 2015)
Penulis : Mohd Helmie Hussin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment