Kuala Lumpur - Menggunakan nama srikandi Melayu Tun Teja dan kononnya kelab ditubuhkan mereka berorientasi kebajikan dan sosial, suami isteri ini dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada ribuan mangsa yang membuat pelaburan dengan mereka.
Antara taktik pasangan berusia 40-an itu ialah mengumpan mangsa dengan pulangan pelaburan lumayan antara lima hingga 11 peratus, selain menganugerahkan pelabur yang membuat pelaburan lebih RM100,000 selendang emas serta dua logo diraja untuk dipasang pada plat kereta.
Bagaimanapun, mereka yang dipercayai mula mengutip wang pelaburan secara haram sejak 2011 didakwa gagal membayar komisen serta pulangan kepada ribuan pelabur meskipun ada yang melabur jutaan ringgit.
Seorang mangsa yang mahu dikenali sebagai Kassim, 42, berkata, dia mengambil masa setahun untuk mengikuti program yang dianjurkan suami isteri itu sebelum membuat keputusan melabur RM600,000.
"Saya lihat kesungguhan mereka yang kononnya berpeluang membantu anak Melayu selain mahu pelabur yang terdiri daripada rakan baik dan kenalan rapat memperoleh pendapatan lumayan untuk menjamin kehidupan lebih baik.
"Duit itu akan dilaburkan dalam saham sebuah bank pelaburan berikutan pengalaman, ilmu dan kemahiran yang dimiliki si isteri selepas berkhidmat hampir 20 tahun dalam bidang kewangan dan pelaburan," katanya.
Katanya, selepas melihat kelab itu membayar pulangan pelaburan kepada ahli kumpulan pertama pada 2013, Kassim bersetuju untuk melabur.
"Selepas enam bulan melabur, saya dan 400 ahli VVIP ini tidak menerima bayaran dan apabila kami bertanyakan perkara itu, pasangan berkenaan cuba mengelak dengan memberi pelbagai alasan," katanya.
Seorang lagi mangsa yang mahu dikenali sebagai Rahim, 41, berkata, dia kerugian RM1 juta selepas melabur sejak setahun lalu.
Menurutnya, suami isteri dan kakitangan pengurusan kelab berkenaan memang licik kerana berjaya membuat ahli yang melabur percaya dan tidak menyedari mereka bakal tertipu.
"Kelab beribu pejabat di Rawang itu memiliki bangunan sendiri malah turut membina hotel, restoran mewah, agensi pelancongan dan pusat kecantikan yang menawarkan potongan sehingga 50 peratus kepada pemegang keahlian.
"Bukan itu sahaja, kami yang memegang keahlian VVIP ini pernah dibawa menyertai forum antarabangsa dan majlis rasmi membabitkan menteri dan orang kenamaan selain melawat ladang tanaman pokok gaharu yang semuanya dikatakan hasil pelaburan ahli," katanya.
Katanya, pasangan licik 'kaki' penipu itu mengaku mempunyai gelaran Datuk dan Datin untuk menipu orang awam melalui skim pelaburan baru menawarkan pakej pelancongan dan haji dengan kapal mewah, namun nilai pelaburan yang ditetapkan lebih rendah.
"Mereka sengaja menetapkan nilai serendah RM3,000 kerana mampu disertai golongan berpendapatan rendah atau suri rumah sedangkan pelaburan kami mencecah jutaan ringgit ini tiada jawapan," katanya.
Sumber : Harian Metro ( 15 Januari 2015 )
Tulisan : Asmah Rusman
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment