Kuala Lumpur - Satu sindiket jual beli emas dikatakan memperdaya 55 orang yang membabitkan lebih RM5 juta selepas melabur dengan sebuah syarikat yang beroperasi di China.
Modus operandi sindiket ialah menjemput orang ramai menghadiri taklimat jual beli emas di hotel terkemuka dan menawarkan keuntungan sehingga 10 peratus dalam masa 24 bulan dengan pengagihan keuntungan setiap minggu, mulai September lalu.
Pelabur juga diberikan sijil pembelian emas, kata laluan dan pengenalan diri untuk melayari laman web rasmi syarikat berkenaan.
Ahli pamer kemewahan
Sindiket terbabit yang terdiri daripada 10 ahli rakyat tempatan, memperagakan kehidupan mewah dengan menggunakan kereta mewah serta menaiki pesawat persendirian bagi menyakinkan orang ramai dengan skim yang ditawarkan.
Bagaimanapun, mangsa yang membuat pelaburan ke atas 38 kilogram emas, mula menyedari mereka ditipu selepas pelaburan sejak setahun lalu tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan.
Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis pada 17 Disember lalu selepas gagal menghubungi ejen pelaburan berkenaan.
Polis terima laporan
Sementara itu, Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Deputi Superintenden A Asmadi Abdul Aziz, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan kini kes dirujuk ke Chukai, Terengganu, iaitu lokasi pertama kejadian itu untuk siasatan lanjut.
Dalam pada itu, Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, mengesahkan menerima aduan daripada kumpulan mangsa pelaburan itu pada 6 Januari lalu.
PPIM juga menerima salinan laporan polis daripada mangsa.
"Sindiket menjanjikan keuntungan akan diperoleh setiap minggu bermula September lalu, namun sehingga laporan dibuat, janji tinggal janji.
55 mangsa terbabit
"Seramai 55 mangsa terbabit dengan pelaburan sebanyak 38 kilogram emas bernilai RM5 juta," katanya.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sebelum membuat pelaburan dan sebarang maklumat seharusnya dirujuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM).
"Kita bimbang sindiket ini mengambik kesempatan dengan mempergunakan nama syarikat pelaburan sewenang-wenangnya untuk memperdayakan mangsa," katanya.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment