Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

BISNES : Syor Beli Emas


Kuala Lumpur - Persekutuan Persatuan Peniaga Emas dan Permata Malaysia menjangkakan suku pertama 2015 adalah masa terbaik untuk membeli barang kemas terutama emas.

Presidennya, Ermin D M Siow berkata, masyarakat Malaysia menyukai emas dan disebabkan itu permintaan terhadap emas sentiasa ada dan tidak pernah putus sama ada harganya naik atau turun.

Katanya, dijangka pasaran emas akan perlahan beberapa bulan selepas pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada April ini.

"Konsumer perlu mengambil peluang yang ada untuk membeli barang kemas dan emas terutama suku pertama 2015 kerana harga yang rendah dan juga sebelum GST dilaksanakan.

"Namun, kerajaan mengecualikan GST untuk jongkong emas pelaburan yang diluluskan oleh London Bullion Market Association (LBMA)," katanya.

Menurutnya, waktu sekarang juga sebenarnya adalah masa terbaik untuk pelaburan emas berikutan harga emas mentah antarabangsa yang lebih rendah tahun ini.

"Harga emas mentah dijangka akan kekal antara USD1,200 hingga USD1,300 seauns tahun ini. Oleh itu, ini peluang yang sangat baik untuk orang ramai mempelbagaikan pelaburan mereka sama ada membeli emas dalam bentuk barang kemas atau pun jongkong," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan habib Jewels Sdn Bhd (Habib), Datuk Meer Habib berkata, pihaknya menyasarkan suku pertama tahun ini sangat positif untuk pasaran barang kemas.

Beliau berkata, selepas pelaksanaan GST, harga barang kemas akan naik sedikit, namun ia tidak begitu memberi impak lebih besar.

"Oleh itu, kami menyarankan kepada orang ramai untuk membeli barang kemas yang mereka inginkan sebelum GST, tetapi sebagai pemain industri ini, kami akan sedaya upaya menyerap kenaikan harga terhadap pengguna supaya tidak terlalu membebankan mereka.

"Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu risau kerana biarpun selepas GST, pasaran barang kemas Malaysia masih berada pada harga yang sangat kompetitif berbanding negara lain," katanya.

Meer berkata, Malaysia menjadi lokasi tarikan pencinta barang kemas dari seluruh pelosok dunia dan ramai daripada mereka melancong ke negara ini semata-mata untuk mendapatkan koleksi barang kemas buatan tempatan bukan sahaja kerana harga, tetapi termasuk kualiti serta reka bentuknya.

Sumber : Harian Metro (13Januari 2015)
Tulisan : Sri ayu Kartika Amri


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment