Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Poh Kong Kaji Jual Emas Pelaburan


Poh Kong Holdings Bhd (Poh Kong) mengkaji untuk menjual emas pelaburan yang menerima pengiktirafan daripada badan bertauliah pada peringkat dunia seperti Persatuan Pasaran Jongkong Emas London (LBMA).

Pengarah Eksekutifnya, Ermin DM Siow, berkata langkah itu sebagai persediaan menghadapi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), bermula April ini.

"Selepas pelaksanaan GST, produk emas yang termasuk dalam kategori Logam Berharga Pelaburan (PIM) akan diberi pengecualian cukai. Kami berusaha untuk mengurangkan impak pelaksanaan GST dengan berhasrat mendapatkan kelulusan daripada LBMA bagi emas pelaburan keluaran kami," katanya selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu, di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Eddie Choon.

Pertimbang pengecualian GST
DM Siow berkata, kini pihaknya masih berharap kerajaan akan mempertimbangkan pengecualian GST bagi pengeluar IMP tempatan atau sebaliknya syarikat terpaksa membuat tempahan emas di mana-mana 137 syarikat yang berdaftardengan LBMA.

"Buat masa ini, kita masih mengeluarkan dan membuat produk sendiri," katanya.

Katanya, pihaknya tidak menolak pelaksanaan GST akan memberi kesan kepada pengguna tetapi ia tidak berterusan berikutan pelbagai langkah serta usaha yang dijalankan kerajaan bagi mengurangkan kesan itu.

"Malah, syarikat kami juga berdepan kesan minima tetapi berdasarkan pelaksanaan GST di negara lain di dunia, kami berharap dalam tempoh enam bulan selepas pelaksanaannya, situasi kembali kepada normal," katanya.

Mengulas prospek industri emas tempatan bagi tahun ini, beliau menegaskan permintaan terhadap emas masih ada kerana ia bukan lagi dilihat sebagai barangan mewah, sebaliknya dilihat dalam bentuk aset selamat sama ada digunakan untuk pelaburan atau aksesori harian.

Rancang buka lima cawangan
Sementara itu, peruncit barangan kemas terbesar di Malaysia itu juga merancang untuk membuka lima lagi cawangan baharu sepanjang tahun ini dengan perbelanjaan modal yang diperuntukan ialah RM16 juta.

Beliau berkata, kelima-lima cawangan itu bakal dibuka di IOI City Mall, AEON Taiping dan AEON Alor Setar serta Atria Damansara dan Sunway Putra Mall yang dijangka beroperasi April ini.

Selain itu katanya, syarikat juga menyasarkan pertumbuhan perolehan sebanyak 10 peratus bagi tahun ini dan bahagian pasaran keseluruhan yang dicatatkan sebanyak 20 peratus.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2014, Kumpulan Poh Kong mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM21.87 juta, jatuh 46 peratus berbanding RM40.57 juta yang direkodkan pada tahun 2013.

Sumber : Berita Harian (10 Januari 2015)
Tulisan : Nurhayati Abllah


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment