Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Harga Emas Melonjak Semula


Minat belian dalam pasaran emas kembali rancak, sekali gus menyaksikan harga logam berharga itu melonjak semula meskipun risiko penurunan masih wujud berikutan ketidaktentuan pasaran global.

Penganalisis berkata, sifat logam berharga itu sebagai alat pelindung nilai terhadap ketidaktentuan pasaran serta ekonomi global khususnya kesan penurunan mendadak harga minyak mentah semasa, menjadi antara punca utama ia kembali mendapat perhatian pelabur.

Dalam masa itu, mengikut penganalisis, ada pelbagai faktor yang menyokong momentum peningkatan harga logam berharga itu pada tahun 2015, termasuk kemungkinan pelaksanaan pelonggaran monetari oleh Bank Pusat Eropah (ECB).

Ketua Ahli Ekonomi AmBank Group, Anthony Dass, berkata pihaknya percaya meskipun risiko penurunan emas masih wujud, namun kejatuhan harga emas dijangka terhad.

Beliau berkata, pihaknya mengunjurkan harga purata emas pada tahun 2015 akan berlegar antara AS$1,250 (RM4,429.09) atau RM142.40 segram hingga AS$1,270 (RM4,499.95) seauns atau RM144.68 segram.

Sementara itu, jika berlaku penurunan, harga emas dijangka disokong pada paras antara AS$950 (RM3,366.11) atau RM108.22 segram sehingga AS$1,100 (RM3,897.60) seaun atau RM125.31 segram.

Langkah Fed AS
Anthony berkata, pihaknya yakin spekulasi mengenai peningakatn kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS, sudah diambil kira dalam pasaran emas, yang mana jika Fed AS mula menaikkan kadar faedah, ia akan menjadi pemacu terakhir kepada dolar AS untuk mengukuh.

"Kami fikir pengukuhan dolar AS dipersoalkan tahun ini. Aliran modal akan beralih dengan memihak kepada emas kerana kemerosotan nilainya pada tahun 2014 berbanding peningkatan ekuiti tahun lalu," katanya dalam nota penyelidikannya.

Anthony berkata, emas mungkin mendapat sokongan kemungkinan pelaksaan langkah pelonggaran dasar monetari oleh ECB yang dilihat akan mendorong permintaan terhadap emas berikutan kejatuhan euro berbanding dolar AS berikutan pelaksanaan langkah itu.

Beliau berkata, kebimbangan jika Russia mengambil tindakan menyekat kemasukan tenaga ke Eropah akan melemahkan euro berbanding dolar AS sekaligus menyediakan sokongan kepada emas.

Permintaan kembali pulih
Anthony berkata, AmBank Group juga menjangkakan permintaan terhadap emas dari India dan China akan pulih semula, teruta dengan langkah mengejut yang diambil India dengan menghapuskan had import emas.

"Kami jangka permintaan emas di China kekal menggalakkan kerana kebanyakan bekalan semakin berkurangan. India dan China membentuk lebih separuh permintaan fizikal dunia untuk emas," katanya.

"Dengan tidak ada mata wang yang selamat atau ekonomi dalam senario hari ini, kami tidak boleh menolak kemungkinan minat belian akan kukuh terhadap emas tahun ini," katanya.

Sumber : Berita Harian (09 Januari 2015)
Tulisan : Mahanum Abdul Aziz


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment