Petaling Jaya - Lima lelaki dihadapan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap peniaga emas membabitkan kerugian RM2 juta, bulan lalu.
Tiga tertuduh, Romai Adzman Mohd Shariff, 50, Mohamad Al-Farouq Mat Isa, 30, warga Indonesia, Indra Saputra, 27, masing-masing peniaga, manakala Rizuan Mokmin, 26 dan Muhamad Hafiz Ismail, 31, pengawal keselamatan.
Semua mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut pertuduhan, kelima-lima tertuduh bersama-sama enam lagi yang masih bebas didakwa merompak wang tunai RM1.6 juta dan empat kilogram jongkong emas milik Abdul Akhmal Mohamad, 26.
Ketika melakukan perbuatan itu, mereka didakwa menggunakan kayu dan rotan sebagai senjata yang boleh mendatangkan cedera parah atau kematian di No 6, Jalan PPRT 2, Kampung Bukit Lanchong, Putra Height, di sini, pada jam 10.45 malam, 23 Disember 2014.
Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han, tidak menawarkan ikat jamin kerana ia kesalahan serius dan hanya sebahagian hasil rompakan ditemui semula.
Mahkamah kemudian menetapkan 12 Febuari ini untuk sebutan kes.
Sumber : Harian Metro (08 Januari 2015)
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment