Seorang peniaga emas kerugian RM2 juta selepas wang tunai berjumlah RM1.65 juta bersama 40 kepingan emas dengan berat keseluruhan empat kilogram disamun antara sembilan hingga 11 penjenayah dalam kejadian di Kampung Bukit Lanchong, Putra Heights, dekat sini, pada 23 Disember lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 25 tahun cedera dipukul menggunakan rotan dan kayu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, kejadian jam 8 malam di premis mangsa dan polis percaya suspek mengenali mangsa berikutan kedua-duanya dikatakan mempunyai urusan perniagaan.
Beliau berkata, mangsa mendakwa wang tunai RM1.65 juta serta 40 kepingan emas jenis 999.9 dengan setiap satunya seberat 100 gram disamun kumpulan berkenaan.
"Kerugian dianggarkan kira-kira RM2 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, semalam.
Mohd Adnan berkata, sejurus menerima laporan mangsa, polis menjalankan siasatan dan menahan tujuh individu berusia 20-an hingga awal 50-an membabitkan enam rakyat tempatan iaitu lima lelaki dan seorang wanita manakala seorang lelaki warga asing.
Menurutnya, hasil penahanan, polis merampas wang tunai RM259,520, empat keping emas dengan berat setiap satunya l00 gram, 11 unit telefon bimbit, seutas rantai tangan emas, seutas gelang tangan emas, satu topi dan sebuah kenderaan pacuan empat roda.
“Tindakan pantas polis berjaya menahan tujuh suspek mulai 27 Disember lalu.
“Bagaimanapun, polis masih mencari seorang lelaki bagi membantu siasatan iaitu Muhamad Fuad Mat Isa, nombor kad pengenalan 860612-29-5293 beralamat di No 175 Jalan Dagang 1/5 Taman Dagang, Ampang,” katanya.
Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Asisten Superintendan Rodney Pasla Haris di talian 016-8977664 atau Inspektor Ahmad Fazlin Rasli di talian 012-5113584.
Sumber : Harian Metro (06 Januari 2015)
Tulisan : Fuad Hadinata Yaacob
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment