Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Format Baharu SP1M 360


Permodalan Nasional Bhd (PNB) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memperkenalkan format baharu bagi program perancangan kewangannya, dikenali Seminar Pelaburan 360 Hari 1Malaysia (SP1M 360).

Pengenalan format baharu itu sejajar usahanya untuk memantapkan lagi pendidikan perancangan kewangan yang menyeluruh kepada rakyat negara ini.

Format baharu itu menyediakan modul yang mendapat pengiktirafan Securities Industry Development Corporation (SIDC), organisasi di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang berpengalaman luas dalam penganjuran seminar pelaburan dan perancangan kewangan.

Modul itu dibahagikan kepada tiga peringkat perancangan kewangan iaitu pengenalan, pertengahan dan lanjutan.

"Dengan pelaksanaan format baharu ini, mulai tahun 2015, peserta yang mengikuti ketiga-tiga peringkat modul SP1M 360 akan menerima sijil penuh," kata PNB dalam satu kenyataan, semalam.

Program pengenalan
PNB berkata, ASNB mengadakan program pengenalan SP1M dengan format baharu itu untuk kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia di Putrajaya, semalam.

Seramai 50 peserta menghadiri seminar yang diberi nafas baharu itu. SP1M 360 yang diperkenalkan sejak tahun 2008, dianjurkan setiap hari secara percuma di seluruh negara dengan matlamat mendidik peserta mengenai perancangan kewangan menyeluruh. Sepanjang tahun 2014, kira-kira 590 seminar dianjurkan yang membabitkan 63,350 peserta pelbagai peringkat.

Ia disasarkan kepada pelajar sekolah menengah, generasi muda, dewasa dan masyarakat umum dengan menumpukan kepada aspek perancangan kewangan, perancangan pelaburan, membina tabung pendidikan, perancangan percukaian dan persaraan serta perancangan harta pusaka.

10 dana unit amanah
Sejak pelancaran unit sulungnya, Skim Amanah Saham Nasional (ASN) pada 20 April 1981, PNB melancarkan 10 dana unit amanah lain iaitu Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020), Amanah Saham Nasional 2 (ASN2), Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Didik (ASD).

Skim lain adalah Amanah Saham Nasional 3 Imbang (ASN3), Amanah Saham Gemilang, Amanah Saham 1Malaysia (AS1M) dan yang terbaru Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2).

Daripada 12 dana unit amanh itu, enam daripadanya ialah dana ekuiti berharga tetap, manakala selebihnya dana ekuiti harga berubah-ubah yang juga dana pendapatan, pertumbuhan dan seimbang.

Sumber : Berita Harian (31 Disember 2014)
Tulisan : Mahanum Abdul Aziz

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment