Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Lebih 30,000 Jadi Jutawan Tahun 2018


Kuala Lumpur - Malaysia akan mempunyai 20 bilionair (memiliki lebih RM3.5 bilion) dan 30,054 jutawan (lebih RM3.5 juta) pada tahun 2018.

Ia didedahkan oleh WealthInsight, sebuah pusat kajian dan penyelidikan yang menjejaki kekayaan dan kecairan di pasaran berpangkalan di United Kingdom (UK) dalam laporannya bertajuk 'Jutawan di Malaysia : 26,000 dan Terus Bertambah'.

Menurut WealthInsight, tahun lalu, Malaysia mempunyai lebih 26,000 yang dikategorikan sebagai individu dengan nilai bersih tinggi (HNWI) dengan kekayaan mereka berjumlah AS$151 bilion (RM528 bilion).

HNWI merujuk kepada individu dengan aset bersih lebih AS$1 juta (RM3.5 juta), tidak termasuk kediaman mereka.

WealthInsight dalam laporannya juga berkata, kekayaan HNWI Malaysia berkembang pada kadar luar biasa iaitu 59.6 peratus antara tahun 2009 dan 2013 dan dijangka meningkat 28 peratus lagi kepada AS$206 bilion (RM721 bilion) pada tahun 2018.

pertumbuhan bilionair (memiliki lebih RM3.5 bilion) Malaysia juga dikatakan besar dengan nilai keseluruhan mereka mencecah AS$46 bilion (RM161 bilion) pada tahun lalu.

Malah, bilionair Malaysia juga dikatakan mempunyai 209 peratus lebih banyak kekayaan berbanding keseluruhan jutawan di Paraguay.

Kekayaan keseluruhan
Kekayaan keseluruhan Malaysia adalah sama dengan negara seperti Argentina AS$160 bilion (RM560 bilion), Colombia AS$154 bilion (RM539 bilion) dan Indonesia AS$206 bilion (RM206 bilion).

Penganalisis WealthInsight, Tom Carlisle, berkata Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk 28.3 juta orang mempunyai jumlah jutawan yang hampir sama dengan Indonesia yang penduduknya berjumlah 237.6 juta orang.

"Ini menunjukkan potensi besar pertumbuhan jutawan di Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Carlisle berkata, sejak menjadi hab perbankan Islam, Malaysia juga menyaksikan peningkatan dalam pelaburan, iaitu 52.6 peratus sejak 2008.

"Malaysia juga menyaksikan peningkatan HNWI memperolehi kekayaan mereka daripada sektor kewangan, hartanah dan pembinaan, masing-masing meningkat 64.8 peratuis, 57.2 peratus dan 55.1 peratus," katanya.

Carlisle berkata, Malaysia juga menyaksikan peningkatan yang ketara dalam pelaburan langsung asing (FDI) dan pasaran sahamnya, lebih baik daripada purata global antara tahun 2009 dan 2013.

Malah, menurut WealthInsight, ekonomi Malaysia juga menunjukkan prestasi yang memberangsangkan ketika krisis kewanganm, sehingga jumlah HNWI meningkat 45.5 peratus kepada 26,014 orang dari tahun 2009 hingga 2013.

Sumber : Berita Harian (10 Disember 2014)
Tulisan : Lum Chee Hong


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment