Butterworth - Seorang ejen pelaburan emas dikenakan jaminan RM400,000 selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas enam pertuduhan pecah amanah jenayah RM1.2 juta, lima tahun lalu.
Bagi kes pertama hingga ketiga, pertuduhan dilakukan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah yang memutuskan wang jaminan RM250,000 terhadap pertuduhan Kee Kim Beng, 51.
Manakal pertuduhan keekpat hingga keenam dilakukan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi yang memutuskan jaminan RM150,000 terhadap tiga pertuduhan berkenaan.
Ketika prosiding berlangsung, suasana dalam mahkamah sesak dengan kehadiran individu dipercayai mangsa terbabit dengan kes penipuan emas mahu melihat tuduhan dikenakan ke atas Kee yang ditahan di Kuching, Sarawak, Rabu lalu.
Bagi pertuduhan pertama hingga ketiga, Kee sebagai ejen iaitu Master Program Pelaburan Emas bagi Syarikat Tignet Gold City Sdn Bhd dan Tignet Global Sdn Bhd dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan terhadap harta tertentu iaitu RM1 juta, RM30,000 dan RM20,000 dan melakukan pecah amanah ke atas jumlah berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Gold City Management Sdn Bhd, No 7324, 1st Floor, Jalan Raja Uda, Taman Tanjung Jaya, Public Bank Jalan Raja Uda dan Standard Chartered Bank Cawangan Jalan Raja Uda di sini, pada 29 September, 21 Oktober dan 25 November 2009.
Manakala bagi pertuduhan keempat hingga keenam, Kim Beng didakwa melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang kepunyaan Syarikat Tignet Gold City Sdn Bhd dan Tignet Global Sdn Bhd berjumlah RM150,000, RM50,000 dan RM33,000.
Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel
MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
0 comments:
Post a Comment