Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 02 Disember 2014


Harga emas jatuh semalam berikutan kebimbangan terhadapa pengukuhan dolar dan pasaran minyak yang tidak menentu boleh mempengaruhi rali yang melonjakkan logam itu menjauhi paras terendah dalam tempoh empat setengah tahun.

Spot emas diniagakan dalam lingkungan AS$80 kelmarin, dengan mulanya jatuh kepada AS$1,142.91 seauns selepas Swiszerland mengundi menentang cadangan untuk meningkatkan rizab emasnya dan kemudian rali kepada AS$1,220.99 apabila harga minyak pulih.

"Pasaran berada dalam kedudukan sangat sempit, namun pergerakan yang lebih tinggi juga dilihat berlebihan," kata seorang peniaga logam itu di Hong Kong.

Tinjauan dolar terus menjadi kukuh dan harga minyak dijangka jatuh sekali lagi, menjejaskan sama sekali harga emas, kata peniaga itu.

"Saya berasakan emas akan terus menjadi tidak menentu sehingga akhir tahun ini."

Spot emas jatuh 0.3 peratus kepada AS$1,206.47 seauns menjelang 0728 GMT, selepas menokok 0728 GMT, selepas menokok hampir empat peratus kelmarin, kenaikan sehari terbesarnya sejak September 2013.

Niaga hadapan emas AS jatuh satu peratus semalam, manakala niaga hadapan perak juga susut selepas pergerakan lebih tinggi pada sesi terdahulu.

Platinum dan palladium berada lebih rendah selepas urus niaga tidak menentu pada Isnin.

Harga logam berharga menjunam bersama minyak dalam sesi kebelakangan ini berikutan jangkaan harga minyak yang lebih lemah bermakna tekanan inflasi lebih rendah.

Emas dilihat sebagai pelindung kepada kenaikan harga barangan.

Bagaimanapun, minyak mentah melonjak sebanyak lima peratus kelmarin, meningkat daripada paras terendah dalam tempoh lima tahun dengan rali terbesar sejak tahun 2012, sekali gus turut menaikkan harga emas.

Ia jatuh sekali lagi semalam. Tinjauan emas pada jangka terdekat akan bergantung kepada hala tuju dolar dan minyak, menurut nota penyelidikan HSBC.

"Dolar dilihat masih lagi mata wang pilihan dan mungkin memberikan kesukaran yang lebih besar kepada emas menuju ke depan," kata penganalisis HSBC.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment