Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

BISNES : PUNB Sasar Salur RM300j Pinjaman 2015


Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) menyasarkan untuk menyalurkan pinjaman melebihi RM300j tahun depan, lebih tinggi berbanding RM290j tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dzulkifli Fadzilah, berkata sasaran lebih tinggi itu selaras matlamat PUNB untuk menyaksikan lebih ramai usahawan dapat dibangun dan dikembangkan, terutama daripada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Beliau berkata, daripada RM290j yang disasarkan tahun ini, PUNB setakat ini sudah menyalurkan sebanyak 80 peratus daripadanya dengan kira-kira RM170 juta pembiayaan membabitkan usahawan dalam sektor borong serta PKS, terutama pembuatan.

"Jumlah pembiayaan yang disasarkan tahun ini adalah 30 peratus peningkatan berbanding tahun sebelumnya," katanya kepada pemberita pada majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd bagi skim jaminan PUNB di Shah Alam, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi PUNB, Tan Sri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Bank Muamalat, Tan Sri Munir Abdul Majid.

MoU itu bagi membolehkan Bank Muamalat menawarkan skim pembiayaan untuk usahawan Bumiputera dengan jaminan oleh PUNB.

Sedia khidmat pembiayaan
Melalui skim itu Bank Muamalat akan memproses, meluluskan dan menyediakan kemudahan pembiayaan, manakala PUNB pula akan memproses permohonan jaminan dan bagi setiap permohonan jaminan dan bagi setiap permohonan yang diluluskan, satu surat jaminan akan dikeluarkan oleh PUNB kepada Bank Muamalat.

Antara ciri utama skim jaminan usahawan PUNB itu ialah jumlah minimum boleh dibiaya ialah RM50,000 dan maksimum RM5 juta dan PUNB akan menjamin sehingga 80 peratus daripada jumlah keseluruhan pembiayaan.

Dzulkifli berkata, matlamat kerjasama dengan Bank Muamalat itu ialah untuk membuka lebih banyak peluang pembiayaan kepada usahawan, terutama PKS untuk memenuhi keperluan modal kerja.

Beliau berkata, setakat ini lima usahawan sudah dikenal pasti untuk ditawarkan pinjaman di bawah skim berkenaan membabitkan masing-masing satu daripada sektor minyak dan gas (O&G) dan komunikasi serta tiga daripada sektor borong.

"Inisiatif ini diharap dapat membantu meningkatkan lagi pembangunan usahawan PKS di negara ini," katanya.

Sumber : Berita Harian (03 Disember 2014)
Penulis : Ahmad Fiesal Othman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment