Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 03 Disember 2014


Emas menghampiri AS$1,200 seauns semalam dengan kenaikan harga minyak memberikan sedikit sokongan.

Bagaimanapun, pengukuhan dan keyakinan terhadap ekonomi AS menjejaskan daya tarikan logam itu sebagai alat pelindung.

Emas juga mendapat sedikit bantuan daripada aliran masuk 2.4 tan ke dalam SPDR Gold Trust, dana tukaran emas terbesar di dunia.

Walaupun aliran masuk pertama berlaku dalam tempoh dua minggu, pegangan dana itu kekal berada hampir ke paras terendah dalam enam tahun, mencerminkan sentimen mendatar dalam pasaran.

Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,200.60 seauns pada 0728 GMT selepas jatuh satu peratus dalam sesi terdahulu.

"Harga logam berharga kurang menjadi sejak Julai. Buat permulaan, dolar AS mencatatkan rali. Tambahan pula, jangkaan inflasi menurun dengan ketara disebabkan berlakunya penyusutan besar harga minyak," kata penganalisis ABN Amro, Georgette Boele dalam satu nota.

Kejatuhan nilai emas menjejaki minyak dalam sesi kebelakangan ini dengan jangkaan minyak mentah yang lebih lemah akan dapat mengurangkan tekanan inflasi.

Logam itu kebiasannya dilihat sebagai pelindung daripada kenaikan harga.

Minyak meningkat lebih daripada satu peratus semalam namun minyak mentah Brent dan AS menjunam lebih daripada 30 peratus sejak Jun dan mencecah paras terendah dalam tempoh lima tahun awal minggu berikutan kebimbangan yang dicetuskan oleh bekalan.

Walaupun berlaku sedikit kenaikan pada separuh pertama tahun ini susulan ketegangan geopolitik, harga emas jatuh beberapa bulan kebelakangan ini dengan ekonomi AS yang kukuh serta jangkaan kenaikan kadar faedah akan meningkatkan nilai dolar.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment