Harga emas meningkat lebih rendah dalam dagangan Asia semalam kerana dolar AS didagangkan menghampiri paras tertinggi dalam tempoh lima setengah tahun tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, tetapi logam itu berupaya bertahan di atas paras AS$1,200 seauns.
Pelabur menunggu keputusan dasar oleh Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai langkah rangsangan dan data pengangguran mingguan AS semalam untuk melihat sama ada ia mampu merangsang peningkatan seterusnya untuk dolar.
Spot emas jatuh 0.4 peratus kepada AS$1,204.70 seauns pada 0746 GMT, selepas meningkat hampir satu peratus pada sesi sebelumnya.
Indeks dolar AS naik ke paras tertinggi dalam tempoh lima setengah tahun pada Rabu disebabkan keyakinan terhadap ekonomi terbesar dunia itu.
Data menunjukkan pekerja swasta AS menambah jumlah pekerja pada kadar agak panpas pada November dan sektor perkhidmatan berkembang kukuh.
"Ia adalah satu keadaan tunggu dan lihat sekarang kerana terdapat beberapa peristiwa penting dalam tempoh dua hari akan datang. Kita mempunyai ECB yang bakal bermesyuarat hari ini dan data penggajian AS akan dikeluarkan pada Jumaat yang mana kedua-duanya berpotensi mencetuskan pergerakan baru lebih besar," kata seorang peniaga logam berharga di Singapura.
"Ia kelihatan seperti kita akan menghampiri paras AS$1,200 buat masa ini tetapi risiko dari beberapa bulan lalu kekal," kata peniaga itu.
Emas naik ke paras tertinggi dalam tempoh sebulan sebanyak AS$1,220.99 seauns pada Isnin, selepas merosot kepada AS$1,142.91 dalam sesi yang sama.
Data Jumaat akan membantu pelabur mengukur kekuatan pemulihan ekonomi AS dan bagaimana ia akan memberi kesan kepada kadar faedah.
Harga emas naik dalam dua suku pertama tahun ini tetapi jatuh pada separuh kedua apabila jangkaan kenaikan kadar meningkatkan nilai dolar.
Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
JBP ~ Sahabat Emas Anda
Prepaid That Pays ~ Tone Excel
MOHD AZHAR BIN KORDI
Telefon / SMS : 012 - 357 8910
Kod Agen : JBP009 / 02
BLOG EMAS --> http://penunggu-emas.blogspot.com/
MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602
AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa
0 comments:
Post a Comment