Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 05 Disember 2014


Harga emas menuju ke paras kenaikan mingguan terbesarnya dalam tempoh 10 bulan semalam apabila peningkatan sederhana harga minyak merangsang permintaan bagi logam itu sebagai instrumen pelindung nilai.

Bagaimanapaun, pelabur berasa bimbang menjelang laporan pekerjaan AS yang boleh mencetuskan pergerakan ketara.

Laporan gaji AS dipantau rapi sebagai pengukur kekuatan ekonomi dan impaknya ke atas dolar serta dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed).

Satu laporan yang mantap boleh menyebabkan Fed menaikkan kadar faedah tidak lama lagi dan meningkatkan nilai dolar.

Pelabur bimbang kadar faedah yang lebih tinggi boleh menjejaskan daya tarikan emas sebagai aset yang tidak menanggung faedah.

Laporan itu dijangka menunjukkan bahawa majikan menambah 230,000 pekerjaan baru bulan lalu dan kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 5.8 peratus, demikian menurut satu pengutan suara Reuters.

"Jika angka malam ini (semalam) melepasi 230,00 ia akan menyebabkan harga emas menjunam dengan cepat.

"Laporan yang kukuh akan menetapkan emas untuk berada di bawah AS$1,200 bagi seluruh tahun dan menyebabkan emas untuk mengakhiri tahun ini dalam kawasan yang sukar," kata penganalisis Phillip Futures Sdn Bhd, Howie Lee sambil menambah bahawa sokongan akan berada pada AS$1,140.

Spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,205.60 seauns menjelang 0730 GMT.

Logam itu dijangka meningkat 3.3 peratus minggu ini, kenaikan terbesarnya sejak Febuari.

Dalambeberapa bulan kebelakangan ini, data AS yang kukuh dan peningkatan nilai dolar menyebabkan harga emas ditutup hampir ke paras terendah dalam tempoh empat setengah tahun.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment