Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 07 Disember 2014


Harga emas menuju kepada kenaikan mingguan terbesarnya dalam 10 bulan semalam apabila peningkatan sederhana harga minyak merangsang permintaan bagi logam itu sebagai instrumen pelindung nilai.

Bagaimanapun, pelabur berasa bimbang menjelang laporan pekerjaan AS yang boleh mencetuskan pergerakan ketara.

Laporan gaji AS dipantau rapi sebagai pengukur kekuatan skonomi dan impaknya ke atas dolar serta dasar monetari Rizab persekutuan (Fed).

Laporan itu dijangka menunjukkan bahawa majikan menambah 230,000 pekerjaan baharu bulan lalu dan kadar pengangguran kekal tidak berubah pada 5.8 peratus, demikian menurut satu pungutan suara Reuters.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka didagangkan rendah minggu ini jika dolar AS meneruskan momentum kenaikannya.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee berkata harga emas juga mungkin ditekan keadaan pemulihan ekonomi AS berdasarkan data pembayaran gaji positif AS yang dikeluarkan pada Jumaat.

Indeks Difusi Jabatan Buruh AS yang mengukur lingkungan perkembangan perbelanjaan industri ke atas pembayaran gaji, menokok kepada 69.7 peratus pada November, paras tertinggi sejak Januari 1998.

"Pengukuhan dolar boleh mengekang permintaan terhadap emas sebagai jaminan kekayaan," katanya.

Lim mengunjurkan paras rintangan emas pada 136 bagi kontrak bulan semerta dan 135 bagi paras sokongan paling kukuh.

Seorang peniaga lain pula berkata, dagangan pasaran yang berkurang pada akhir minggu lalu sebagai petanda pembeli semakin berhati-hati.

"Beberapa kegiatan pengambilan untung dikesan berlaku manakala yang lainnya mula menjual secara besar-besaran terutama apabila paras bulan semerta mencecah 135.90 dan itulah harga untuk minggu ini," katanya.

Di pasaran tempatan, emas didagangkan secara kukuh minggu lalu sejajar prestasi niaga hadapan emas di Bursa Komoditi AS.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, masing-masing bulan semerta Disember 2014, Januari 2015 dan febuari 2015 meningkat 132 mata kepada RM135.45 segram, RM135.70 segram dan RM136.00 segram.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment