Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 08 Disember 2014


Harga emas kukuh selepas ekuiti Eropah jatuh semalam, tetapi harga menghadapi kesukaran untuk mencecah paras AS$1,200 seauns.

Kontrak semasa emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,195.10 seauns pada 1037 GMT.

Logam berharga itu jatuh 1.1 peratus pada Jumaat selepas perangkaan AS menunjukkan jumlah pekerjaan mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga tahun pada November dan kadar upah juga meningkat.

Paras hadapan emas AS naik 0.4 peratus kepada AS$1,195.50 seauns.

Pengukuhan ekonomi AS mungkin menarik Rizab Persekutuan AS untuk menaikkan kadar faedah, sekali gus mendorong dolar AS meningkat dan menjejaskan permintaan bagi emas.

"Semua orang mengambil kira faktor kenaikan kadar faedah pada tahun depan dan setiap orang menjangkakan dolar terus mengukuh. Jadi kami lebih neutral terhadap emas buat masa ini," kata penganalisis Citi, David Wilson.

Dolar AS diniagakan menghampiri paras tertingginya sejak Mac 2009 berikutan laporan pekerjaan yang kukuh.

Buat masa ini, sesetengah peserta pasaran berkata, emas mungkin berlegar menghampiri paras AS$1,190 seauns.

Secara teknikal, paras sokongan sekitar AS$1,186, sementara paras halangan adalah sekitar AS$1,210-AS$1,220.

Dalam kalangan logam berharga lain, platinum naik satu peratus kepada AS$1,227.25 seauns, perak naik 0.4 peratus kepada AS$16.32 seauns dan palladium meningkat 0.4 peratus kepada AS$801 seauns.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup rendah semalam sejajar kejatuhan harga logam berharga itu di Chicago Mercantile Exchange.

Pada penutup, kontrak Disember 2014, Januari 2015, Febuari 2015 dan Mac 2015 masing-masing jatuh 17 mata kepada RM134.60, RM134.85, RM135.15 dan RM135.55 segram.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 1,919 kontrak berbanding 1,768 kontrak yang dicatatkan pada Jumaat lalu sementara jumlah dagangan meningkat kepada 236 lot bernilai RM3.18 juta berbanding 42 lot bernilai RM570,000 pada Jumaat lalu.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment