Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 Disember 2014


Emas menokok bagi sesi dalam dagangan kedua berturut-turut semalam, berbanding kejatuhan awal berikutan dolar AS yang tidak dapat bertahan kenaikan awal.

Dolar AS jatuh berbanding beberapa mata wang utama dunia selepas kenaikan awl dicetuskan laporan Wall Street Journal bahawa pegawai Rizab Persekutuan berkata kadar faedah jangka pendek berkemungkinan tidak dapat dipertahankan pada kadar hampir sifar untuk tempoh tertentu.

Langkah itu berkemungkinan akan diambil pada mesyuarat Rizab Persekutuan minggu depan, kata laporan itu.

Kenaikan lanjut jongkong emas akan bergantung pada dolar dan tempoh bila Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah.

Kadar faedah lebih tinggi akan menaikkan permintaan bagi jongkong emas yang tidak tertakluk dengan kadar faedah.

Emas semerta naik 0.3 peratus kepada AS$1,206.10 seauns pada 0809 GMT.

Ia menokok satu peratus pada Isnin disebabkan pembelian teknikal selepas dolar susut daripada paras tertinggi lebih lima tahun.

Dagangan hadapan emas AS menokok satu peratus.

"Agak sukar bagi emas untuk bertahan kerana kebanyakkan kenaikan adalah daripada pegangan jangka pendek.

"Asas berhubung ekonomi yang kukuh tidak berubah dan orang ramai masih bearis terhadap emas kerana berpendapat kenaikan kadar faedah akan berlaku tidak lama lagi," kata peniaga di Sydney.

Ini terlihat pada pegangan SPDR Gold Trust yang pegangannya jatuh untuk ditutup pada paras terendah hampir enam tahun pada Isnin.

Faktor utama menggugat sentimen ialah pengukuhan dolar, yang melonjak disebabkan data ekonomi kukuh dan berkemungkinan faktor kadar faedah lebih tinggi.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment