Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 Disember 2014


Harga emas meningkat untuk sesi ketiga berturut-turut apabila didagangkan menghampiri paras tertinggi tujuh minggu semalam disebabkan kelemahan nilai dolar dan ekuiti global mendorong pelabur untuk memilih logam berharga itu sebagai pelaburan yang selamat.

Indeks dolar menyusuri kerugian selepas kebimbangan terhadap kedudukan mata wang itu, dengan pelabur mencari alasan untuk mengambil keuntungan menjelang akhir tahun.

Ekuiti global telah menerima kesan akibat pergolakan politik di Greece dan selepas pasaran China mencatatkan hari dagangan yang paling teruk dalam tempoh lima tahun.

"Ini peluang yang terbaik untuk emas untuk meningkat lebih tinggi kerana pasaran kewangan terkedu akibat penurunan ekuiti di China, kebimbangan risiko dialami negara dalam zon euro dan turun naik pasaran mata wang."

"Mungkin terdapat beberapa alasan tambahan untuk meninggalkan pasaran buat sementara waktu, terutama jika ekuiti Asia tidak stabil. Keuntungan selanjutnya akan mula menekan permintaan Asia yang sensitif terhadap harga dan boleh mengancam satu daripada kenaikan yang dicatatkan baru-baru ini," kata penganalisis HSBC, James Steel.

Spot emas meningkat 0.5 peratus kepada AS$1,236.10 seauns pada 0718 GMT. Logam itu melonjak kepada AS$1,238.70 pada sesi lalu, tertinggi sejak 23 Oktober lalu, sebelum ditutup dengan kenaikan dua peratus.

SPDR Gold Trust, dana dagangan bursa berdasarkan emas terbesar di dunia, berkata pegangannya meningkat 0.37 peratus kepada 721.81 tan kelmarin, satu lagi faktor yang boleh merangsang harga.

Pegangan oleh dana itu masih lagi rendah berhampiran paras terendah enam tahun kerana pelabur emas bimbang kadar faedah AS yang dijangka naik boleh mengurangkan permintaan untuk logam berharga itu.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment