Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 Disember 2014


Harga emas susut semalam berikutan peningkatan dolar AS berbanding yen.

Harga minyak mentah dunia yang rendah juga menjejaskan sentimen terhadap logam berharga itu.

Harga emas jatuh sejajar dengan kelemahan harga minyak sekali gus menjejaskan daya tarikan logam berharga itu sebagai pelaburan lindung nilai.

"Adalah baik untuk emas mampu untuk kekal di atas paras AS$1,200 meskipun satu lagi kejatuhan dalam harga minyak. Jika harga kekal menghampiri paras AS$1,230 untuk sementara waktu tanpa mencatatkan sebarang kemajuan, ia mungkin akan mencatatkan kelemahan," kata peniaga.

Kontrak semasa emas jatuh 0.2 peratus kepada AS$1,224 seauns pada 0743 GMT. Harga logam berharga meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh tahun pada paras AS$1,238.20 kelmarin, namun gagal bertahan mencatatkan peningkatan dan mengakhiri dagangan dengan jatuh 0.3 peratus.

Dalam kalangan logam berharga lain, perak jatuh selepas mencatatkan rali selama tiga hari berturut-turut sementara platinum dan palladium meningkat sedikit.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah semalam berikutan pembetulan teknikal, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling memberitahu, niaga hadapan emas pada mulanya dibuka lebih tinggi berikutan keuntungan semalaman niaga hadapan emas Bursa Komoditi New York (COMEX) susulan penurunan harga minyak dunia yang mempengaruhi sentimen dan menyebabkan penjualan secara besar-besaran dalam pasaran ekuiti.

"Bagaimanapun, ia gagal meneruskan peningkatan dan ditutup lebih rendah pada RM137.50 segram. Pergerakan menaik itu kemudian terus dikekang oleh pemulihan dolar dan pengukuhan saham Eropah ketika waktu urus niaga Asia, mengurangkan permintaan terhadap emas yang merupakan instrumen lindung nilai," kata peniaga itu.

Pada penutup,Disember 2014, Januari 2015, Febuari 2015 dan Mac 2015 masing-masing susut tiga mata kepada RM137.50, RM137.75, RM138.05 dan RM138.45 segram.


 Jom Sertai Tone Excel, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
 JBP ~ Sahabat Emas Anda 
 Prepaid That Pays ~ Tone Excel 

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Telefon / SMS : 012 - 357 8910 
 Kod Agen : JBP009 / 02 

 MINISITE TTTE --> http://tuneincome.com/jutawan221602 
 AUTOPILOT TTTE --> http://www.mudah123.com/?ref=3505 
 BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanToneExcel #PesonaTimurResources #KazanahBangsa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment